Utusan Borneo (Sabah)

Tiga peneroka haram Yahudi cedera ditembak di Tebing Barat

-

BAITULMAQD­IS: Tiga peneroka haram Yahudi cedera parah dalam serangan semalam di zon perindustr­ian untuk sebuah penempatan di Tebing Barat, kata anggota polis dan medik, dipercayai dilakukan penduduk Palestin.

Jabatan perubatan kecemasan Magen David Adom berkata, seorang lelaki dan seorang wanita dipindahka­n dari zon perindustr­ian Barkan dalam keadaan tenat.

Seorang lagi wanita berusia 54 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan serius, katanya.

Rejim berkata, penembak berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian dan operasi sedang dijalankan untuk menjejakin­ya.

Tentera Israel berkata, identiti penembak diketahui pasukan keselamata­n tetapi tidak memberi maklumat lanjut.

“Keadaan di sebalik insiden itu belum lagi ditentukan dan semua petunjuk siasatan sedang diteliti,” ia menyebut dalam satu kenyataan.

Zon perindustr­ian terletak bersebelah­an penempatan Israel di Barkan dan tidak jauh dari penempatan Ariel di utara Tebing Barat yang diduduki Israel.

Penduduk Palestin bekerja bersama peneroka haram Yahudi dalam zon perindustr­ian tersebut.

Siri serangan Palestin ke atas peneroka haram Yahudi meletus pada 2015 tetapi sejak itu ia berlaku sekali sekala.

Pada bulan lepas, seorang remaja Palestin menikam sehingga mati seorang peneroka haram Yahudi di satu persimpang­an di pintu masuk ke sebuah blok penempatan Israel yang besar di Tebing Barat dekat Baitulmaqd­is.

Beberapa serangan sudah berlaku di lokasi itu Simpang Gush Etzion. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA polis rejim berkumpul di lokasi serangan di Taman Perindustr­ian Barkan berdekatan penempatan haram Ariel di wilayah terjajah Tebing Barat,
semalam.
— Gambar AFP ANGGOTA polis rejim berkumpul di lokasi serangan di Taman Perindustr­ian Barkan berdekatan penempatan haram Ariel di wilayah terjajah Tebing Barat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia