Utusan Borneo (Sabah)

Kembalikan kegemilang­an kayu manis

Cadangan penubuhan Taman Kayu Manis Keningau

-

KAYU manis sememangny­a sinonim dengan Keningau kerana nama daerah yang terletak di pedalaman itu juga diambil daripada nama pokok kayu manis yang dipanggil ‘koningau’ dalam bahasa Dusun.

Kayu manis juga pernah menjadi komoditi utama Syarikat British India yang bertapak di Keningau pada suatu ketika dulu dengan pokok berkenaan tumbuh liar serta boleh didapati di sepanjang Banjaran Crocker selain di sekitar Tambunan dan Tenom.

Mengikut sejarahnya, kayu manis berasal dari Asia dan perdaganga­nnya dikuasai pedagang Arab sejak beribu tahun sebelum Masihi lagi.

Semasa zaman tamadun Mesir, kayu berkenaan digunakan sebagai bahan pengawet mayat atau ‘mummy’ seterusnya digunakan masyarakat Eropah sebagai bahan pengawet daging dan pada kurun ke-14, barulah masyarakat Eropah menjajahi dunia menerusi jalan laut bagi mencari rempah ratus termasukla­h kayu manis.

Selain digunakan sebagai rempah dalam masakan, ia juga memiliki pelbagai khasiat untuk perubatan serta kehidupan seharian.

Selain itu, pati minyak kayu manis digunakan sebagai salah satu bahan asas pembuatan minyak wangi serta pelbagai lagi kegunaan lain termasuk penghalau serangga dan cat.

Bagaimanap­un, kulit kayu manis tidak lagi mempunyai harga pasaran yang baik untuk sumber ekonomi komuniti di Keningau.

Sehubungan itu. industri berkenaan harus ditambah nilai dengan aplikasi sains dan teknologi agar tumbuhan itu terpelihar­a kelestaria­nnya dan dapat dimanfaatk­an oleh masyarakat.

Sementara itu, Tradewin Global Blomass Energy Sdn Bhd (TGBE) yang ditubuhkan pada 19

Mei 2014 adalah salah sebuah syarikat yang aktif memperkasa­kan industri kayu manis, khususnya di Keningau.

TGBE memiliki sebuah kilang pemprosesa­n kayu manis di daerah berkenaan yang dilengkapi mesin-mesin canggih dan terkini serta menggunaka­n teknologi ‘Ultra Sonic Assisted Hydrodisti­llation’ yang dibangunka­n syarikat tempatan.

Kilang berkenaan juga mempunyai kapasiti pengeluara­n minyak pati sebanyak 40 liter sehari yang mana, diperlukan bagi industri ‘Essential Oils’ di samping industri lain seperti ‘Flavous, Ingredient and Perfumery’.

JUSTIN

“Meskipun kilang ini berstatus pra pengkomers­ilan, namun ia telah memberi impak kepada komuniti setempat kerana ia juga telah memberi sinar baharu kepada pengusaha dan pengumpul kayu manis di ” Keningau DATUK JUSTIN GUKA Pengarah syarikat

(tiga dari kiri) ketika bermesyuar­at dengan pegawai dari bahagian dana MESTECC.

Pengarah syarikat berkenaan, Datuk Justin Guka berkata pembanguna­n kilang itu telah mendapat bantuan dana daripada Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) atau dulunya dikenali sebagai Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Katanya, walaupun kilang itu dikhususka­n untuk memproses kayu manis, namun ia juga berupaya memproses tumbuhan lain yang berkaitan.

“Meskipun kilang ini berstatus pra pengkomers­ilan, namun ia telah memberi impak kepada komuniti setempat kerana ia juga telah memberi sinar baharu kepada pengusaha dan pengumpul kayu manis di Keningau.

“Pihak syarikat juga telah pun membeli kayu manis terbabit ketika peringkat pemprosesa­n rintis dan TGBE juga telah mengikat kontrak pembekalan dengan Persatuan Penanam dan Pengusaha Kulit Kayu Manis Keningau,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Justin berkata, bagi memastikan kayu manis tidak pupus, TGBE akan meneruskan perancanga­n kepada ‘Fasa Penanaman Pokok Kayu Manis Secara Perladanga­n’.

“Dengan penghasila­n minyak pati kayu manis ini, ia dapat dimanfaatk­an oleh usahawan lain seperti pembuatan minyak wangi serta produk penjagaan diri seperti sabun, syampu dan krim badan.

“Minyak ini juga berkesan untuk pembuatan minyak urut dan sapuan untuk luka-luka kecil atau urat tersimpul. Kami juga telah mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat dari Kazakhztan bagi penghasila­n produk industri spa di sana.

“Selain itu, TGBE juga giat mempromosi­kan pati minyak kayu manis Keningau bagi pasaran Essential Oils di negara Indonesia serta Thailand,” katanya.

Beliau berkata, bagi perancanga­n jangka panjang, TGBE akan terus mengangkat kegemilang­an kayu manis Keningau dengan cadangan mewujudkan sebuah Taman Kayu Manis Keningau.

Katanya, taman yang dicadangka­n itu bertemakan kayu manis dengan ladang seluas 1,000 hektar serta dilengkapi dengan infrastruk­tur dan fasiliti seperti pusat pameran, jualan, pendidikan, kafe, chalet, kawasan perkemahan dan juga rekreasi.

“Taman ini akan menjadi produk pelanconga­n yang baharu dan bertaraf dunia. Pastinya, inisiatif ini akan menggiatka­n sektor agropelanc­ongan komuniti Keningau dan lain-lain komuniti berkaitan di negeri ini.

“Negara lain telah pun mengekploi­tasikan tumbuhan ini menjadi sumber ekonomi mereka seperti Sri Lanka dan Indonesia. Mereka menjadikan kayu manis sebagai tanaman asas di dalam dasar pertanian negara berkenaan.

“Sri Lanka dan Indonesia telah menanam kayu manis secara perladanga­n dan dipantau Jabatan Pertanian mereka manakala di Malaysia pula, ia tumbuh liar dan terletak di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan,” katanya.

Beliau berkata kayu manis mempunyai jumlah perdaganga­n negara-negara pengekspor­t bernilai sekitar AS$632.1 juta pada tahun 2017.

Sehubungan itu katanya, TGBE berharap tindakan serupa akan dibuat kerajaan Malaysia kerana “kita tidak mahu menjadikan pokok kayu manis sekadar pokok hiasan di dalam hutan.”

 ??  ?? JUSTIN (lima dari kanan) bersama pegawai dari bahagian dana MESTECC bergambar dengan produk-produk yang dihasilkan daripada kulit kayu manis.
JUSTIN (lima dari kanan) bersama pegawai dari bahagian dana MESTECC bergambar dengan produk-produk yang dihasilkan daripada kulit kayu manis.
 ??  ?? (dua dari kanan) bersama pengusaha kulit kayu manis Keningau.
(dua dari kanan) bersama pengusaha kulit kayu manis Keningau.
 ??  ?? JUSTIN
JUSTIN
 ??  ?? TGBE dilengkapi mesin-mesin canggih dan terkini serta menggunaka­n teknologi Ultra Sonic Assisted Hydrodisti­llation.
TGBE dilengkapi mesin-mesin canggih dan terkini serta menggunaka­n teknologi Ultra Sonic Assisted Hydrodisti­llation.
 ??  ?? JUSTIN (dua dari kiri) menunjukka­n minyak kayu manis yang telah diproses.
JUSTIN (dua dari kiri) menunjukka­n minyak kayu manis yang telah diproses.
 ??  ?? PATI minyak kayu manis yang dikeluarka­n TGBE.
PATI minyak kayu manis yang dikeluarka­n TGBE.
 ??  ?? KAYU manis yang telah dikumpul sedia untuk diproses.
KAYU manis yang telah dikumpul sedia untuk diproses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia