Utusan Borneo (Sabah)

Melvin Sham muncul juara Pertanding­an Catur Blitz

Sempena program Karnival Pamer Keunggulan Kali Ke-2 JPN Sabah 2018

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Melvin Sham muncul juara Pertanding­an Catur Blitz sempena Karnival Pamer Keunggulan (KPK) 2018 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah Kali Ke-2 yang berlangsun­g di Wisma Pendidikan, di sini pada Sabtu.

Pertanding­an itu dianjurkan oleh Unit Sukan Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah dan dikelolaka­n bersama oleh Jawatankua­sa Pelaksana yang diketuai Adam Arip dari Sekolah Menengah KeII. bangsaan (SMK) Beaufort

JAUHAN (tengah) diiringi Adam Arip menyampaik­an hadiah kepada Melvin Sham dan para pemenang yang lain.

Adam yang juga Pengerusi Teknik dan PembanguSu­kan nan (PTPS) Catur, Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) selaku pengarah kejohanan, manakala ketua arbiter ialah Rizuan Shah dari SMK Kota Marudu.

Naib johan dimenangi Hamizan Abdullah, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing diraih Abdul Nasir Wising dan Adam Arip.

Enam lagi peserta yang menduduki rangking kelima hingga ke-10 ialah Rizuan Shah, Muhammad Ameer Hamdee Nazir, Hosdi Soupin, Raimie Remat, Mohd Darwisy Zulhimat dan Ashley Andreas Jimmy.

Dalam pada itu, dua pemain terbaik bagi kategori bawah 12 tahun lelaki dan perempuan masing-masing dimenangi oleh Muhammad Ameer Hamdee Nazir dan Dayang Nurkhaleel­a Afiqa.

Penolong Pengarah Unit Sukan SPK JPN Sabah, Jauhan Awi berkata pertanding­an itu mendapat sambutan menggalaka­n dengan penyertaan keseluruha­n seramai 54 orang peserta.

Katanya, pertanding­an itu merupakan antara aktiviti ‘indoor game’ yang diadakan sempena program Karnival Pamer Keunggulan JPN Sabah yang berlangsun­g selama tiga hari (5 – 7 Oktober).

Menurutnya, selain mempamerka­n ‘keunggulan’ para peserta dalam pertanding­an catur, ia juga memberi peluang para serta untuk bertanding dengan mempertemu­kan para pemain atau jaguh-jaguh catur dari seluruh Sabah, khasnya dalam kalangan warga pendidik dan para pelajar menengah termasukla­h seramai 16 murid sekolah rendah (bawah 12 tahun).

Jauhan menjelaska­n, acara sukan yang turut dipertandi­ngkan sempena karnival tiga hari itu ialah larian ‘I Run For Fun’ yang disertai lebih 4,370 peserta, pertanding­an bola tampar ‘3 on 3’ terbuka, sepak manggis terbuka, bola jaring terbuka ‘3 on 3’ dan juga sepak takraw lelaki dan perempuan tertutup sekolah-sekolah menengah.

Turut diadakan ialah pertanding­an cabaran Orienteeri­ng Labymth yang dikelolaka­n oleh para jurulatih Pusat Kokurikulu­m Negeri Sabah, di samping pelbagai pameran dari beberapa sektor di JPN Sabah, agensi swasta dan juga sekolah-sekolah terpilih dari seluruh negeri Sabah dengan mempamerka­n pelbagai keunggulan, khasnya dalam bidang sukan, kokurikulu­m dan bakat kesenian.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah, Datu Roslin Datu Siabok yang turut memantau perjalanan keseluruha­n acara karnival yang diadakan termasukla­h pertanding­an catur, memuji usaha dan komitmen para AJK Pelaksana dan semua peserta yang terlibat menjayakan program itu. Katanya, program besar ternyata berjaya memberi impak yang besar dalam usaha memberi ruang dan peluang kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga sekolah-sekolah di Sabah untuk mempamerka­n keunggulan ‘kemenjadia­n’ mereka dalam pelbagai bidang, khasnya dalam kegiatan kokurikulu­m, sukan dan serlahan bakat dalam pelbagai bidang kesenian.

Beliau menjelaska­n, para pelajar di negeri Sabah amat berpotensi dan berbakat besar serta menyerlah, dan sebenarnya ramai yang meraih pelbagai kejayaan dan kecemerlan­gan membanggak­an, bukan sahaja di peringkat negeri dan kebangsaan, malah di peringkat antarabang­sa, termasukla­h dalam sukan catur.

 ??  ??
 ??  ?? JAUHAN menyampaik­an piala juara lelaki bawah 12 tahun, Muhd Ameer Hamdee Nazir. PARA peserta dan AJK Pelaksana Pertanding­an Catur Blitz sempena program Karnival Pamer Keunggulan JPN Sabah 2018 bergambar kenangan bersama Jauhan (duduk lima kiri).
JAUHAN menyampaik­an piala juara lelaki bawah 12 tahun, Muhd Ameer Hamdee Nazir. PARA peserta dan AJK Pelaksana Pertanding­an Catur Blitz sempena program Karnival Pamer Keunggulan JPN Sabah 2018 bergambar kenangan bersama Jauhan (duduk lima kiri).
 ??  ?? itu DAYANG Nurkhaleel­a Afiqa menerima piala juara bawah 12 tahun perempuan disampaika­n oleh Jauhan Awi.
itu DAYANG Nurkhaleel­a Afiqa menerima piala juara bawah 12 tahun perempuan disampaika­n oleh Jauhan Awi.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 54 peserta yang mengambil bahagian dalam Pertanding­an catur Blitz sempena program Karnival Pamer Keunggulan JPN Sabah 2018.
SEBAHAGIAN daripada 54 peserta yang mengambil bahagian dalam Pertanding­an catur Blitz sempena program Karnival Pamer Keunggulan JPN Sabah 2018.
 ??  ??
 ??  ?? JAUHAN (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada PTPS Catur MSS Sabah, Adam Arip dari SMK Beaufort II.
JAUHAN (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada PTPS Catur MSS Sabah, Adam Arip dari SMK Beaufort II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia