Utusan Borneo (Sabah)

200 kanak-kanak istimewa, anak yatim diraikan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi TYT

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 200 kanakkanak istimewa dan anak yatim diraikan pada Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah di sebuah hotel di sini pada petang Khamis.

Kanak-kanak yang diraikan itu melibatkan institusi dan program pendidikan khas integrasi dari sekitar daerah ini seperti Taman Didikan Kanak-Kanak Sri Stella.

Begitu juga dari Pertubuhan Pemulihan Dalaam Komuniti (PPDK) Gugusan Umas, PPDK Kem Kubota, Persatuan Untuk Orang-Orang Pekak (Aokam Centre) dan Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh Tawau.

SMK Kuhara, SMK Pasir Putih, SMK Balung, SMK Merotai Besar, SK Bandar 2, SK Kukusan, SK Tg Batu Keramat, SK Merotai, SK Umas-Umas, SK Balung dan SK Sg Tongkang Pulau Sebatik.

Lebih istimewa, mereka diraikan sendiri oleh Yang Dipertua Negeri Tun (Dr) Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Toh Puan (Dr) Hajah Norlidah RM Jasni.

Sempena majlis itu juga, Juhar turut memberikan sumbangan kewangan kepada waris keluarga arwah Mazlan Omarbaki, anggota Pasukan Penyelamat­an Di Air (PPDA).

Antara pengisian program, persembaha­n penyanyi-penyanyi tempatan dan tarian kebudayaan, serta penyampaia­n hadiah kepada institusi kebajikan dan pendidikan.

Acara kemuncak melibatkan upacara memotong kek hari jadi rasmi yang disempurna­kan sendiri oleh Juhar, sebelum diagihkan kepada kanak-kanak oleh Norlidah.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali serta Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong selaku pengerusi jawatankua­sa induk program.

Turut hadir, Menteri Kesihatan dan Kejahteraa­n Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt dan para pembantu menteri, wakil-wakil rakyat, pengarah jabatan dan pegawai kerajaan.

 ??  ?? NORLIDAH ditemani Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif menyerahka­n kek hari jadi, hadiah dan buah tangan kepada kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim yang hadir.
NORLIDAH ditemani Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif menyerahka­n kek hari jadi, hadiah dan buah tangan kepada kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim yang hadir.
 ??  ?? JUHAR dan Norlidah merakamkan foto bersama menteri dan tetamu kehormat serta turut disertai kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim, selepas acara memotong kek.
JUHAR dan Norlidah merakamkan foto bersama menteri dan tetamu kehormat serta turut disertai kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim, selepas acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia