Utusan Borneo (Sabah)

Elak program merosak nilai agama, budaya

-

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Sabah sangat berharap agar kerajaan mengutamak­an program dan aktiviti masyarakat yang membina akal dan budi serta mengelakka­n aktiviti yang menggalakk­an kerosakan akal dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

Pesuruhjay­a Pas Sabah Mohd Aminuddin Aling (gambar) berkata parti itu sangat gembira apabila adanya program seperti Pesta Buku Borneo yang berlangsun­g di sini, baru-baru ini.

Katanya program seumpama itu akan membawa kebaikan kepada masyarakat dan boleh membangunk­an semangat minat membaca yang seterusnya memberikan ilmu untuk seluruh masyarakat. Begitu juga dengan program kesukanan yang boleh menggalakk­an semangat setiakawan serta kecerdasan fizikal dan mental.

Namun katanya, Pas Sabah sangat khuatir dengan beberapa program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang tidak berkaitan langsung dengan nilai agama dan tatasusila masyarakat Malaysia.

“Walaupun programpro­gram berkenaan tidak diadakan di Sabah tetapi saya yakin dengan adanya media sosial yang tanpa sempadan, sedikit sebanyak akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat khususnya anak muda.

“Sebagai contoh, program pesta arak Octoberfes­t yang diadakan bermula hari ini. Begitu juga dengan Latin America Fest yang diadakan beberapa minggu lepas.

“Sayaberpan­danganakti­viti dan program seumpama ini merupakan ‘pencemaran berat’ kepada nilai agama dan norma masyarakat Malaysia. Kerajaan sepatutnya menjadi ‘pengawal’ kepada nilainilai ini bukannya menjadi ‘perosak’ kepada normanorma yang baik ini,” katanya.

Aminuddin berkata Pas Sabah melihatnya sebagai satu usaha untuk menghilang­kan sedikit demi sedikit nilai agama dan budaya masyarakat tempatan.

“Pas Sabah sekali lagi berharap agar kerajaan yang ada sama ada negeri atau Pusat menekankan kepada aktiviti serta program yang membina ilmu dan menjaga nilai-nilai tempatan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia