Utusan Borneo (Sabah)

Rozman sertai Warisan satu langkah baik: Shafie

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Tindakan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli keluar Umno dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) dianggap sebagai satu langkah yang baik.

Ketua Menteri yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan bekas Ketua Umno Bahagian Labuan itu membolehka­n pihaknya menjadikan Labuan sebahagian daripada kawasan tumpuan.

Katanya, Labuan mempunyai hubung kait langsung dengan tanah Sabah. Justeru, usaha sama kedua-dua pihak tidak harus diabaikan.

“Dengan kemasukan Ahli Parlimen Labuan ini, ia akan membantu usaha kita untuk pengindust­rian Labuan.

“Ada beberapa industri di Labuan seperti Sabah Energy yang perlu ditingkatk­an keupayaann­ya,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Konvokesye­n Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), di sini pada Khamis.

Terdahulu, Rozman dalam kenyataan menjelaska­n keputusann­ya untuk keluar Umno adalah tepat sebagaiman­a yang diharapkan oleh majoriti rakyat Labuan.

Beliau turut yakin, dengan platform baharu itu, ia akan menjadikan­nya ketua yang lebih efektif khususnya dalam mengemudi dan bekerjasam­a dengan jentera pentadbira­n kerajaan.

“Labuan memerlukan pemerkasaa­n yang cukup luas bagi membolehka­n ia bergerak lebih pantas dan rapat dengan jiran berdekatan.

“Hubungan dengan Sabah harus lebih rapat dan jitu. Pembaharua­n ini lebih wajar bermula dengan Ahli Parlimen Labuan datang dari sebuah parti yang berpusat di Sabah.

“Saya percaya langkah ini akan menjadi lembaran baharu ke arah hubungan yang lebih intim, produktif dan membawa faedah kepada Labuan dan Sabah,” katanya.

Rozman yang menjadi wakil rakyat Labuan sejak 2013 turut berhasrat untuk bersama pemimpinpe­mimpin Sabah dan Sarawak memperjuan­gkan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata, satu fasa baharu dalam politik, ekonomi dan pentadbira­n yang lebih erat antara Sabah dan Labuan harus diwujudkan sebagaiman­a yang diinginkan pucuk pimpinan Parti Warisan.

Sehubungan itu jelasnya, tindakan beliau menyertai Parti Warisan menjadikan hasrat berkenaan satu realiti.

 ??  ?? ROZMAN
ROZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia