Utusan Borneo (Sabah)

Peluang untuk memajukan S’wak terbuka kepada semua

Ramai Orang Ulu, kaum lain bekerja dengan syarikat luar negara, bahkan menjadi ketua atau pengurus.

-

BINTULU: Sarawak membuka banyak peluang untuk anak-anak Sarawak daripada pelbagai kaum termasuk komuniti Orang Ulu untuk maju ke depan dalam pelbagai bidang pekerjaan yang ditawarkan mengikut kelayakan pendidikan dan ilmu mereka.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ramai dalam kalangan komuniti Orang Ulu dan kaum lain di Sarawak bekerja dengan syarikat besar dari luar negara, bahkan menjadi ketua atau pengurus.

Justeru katanya, keadaan itu memperliha­tkan kemajuan Sarawak dan komunitiny­a bukan diusahakan satu kaum sahaja, sebaliknya bergantung kepada usaha bersama pelbagai kaum sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera, komuniti dari bandar, kawasan luar bandar dan kawasan pesisir.

“Semua kaum di negara ini menyedari keadaan negara ini meskipun bukan semaju negara Eropah tetapi komunitiny­a tetap mampu bergerak seiring dengan kemajuan negaranega­ra maju, bahkan kebolehan kaum-kaum yang ada termasuk komuniti Orang Ulu terserlah dalam perniagaan serta terus meningkat,” ujarnya dalam amanat perasmian Majlis Jasamu Dikenang anjuran Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Rabu.

Katanya, usaha bersama ituadalaha­ntarapende­katan untuk merubah kemajuan negeri ini dan cara negara ini meningkat menjadi negara membangun seiring dengan negara membangun lain.

“Ekonomi negara ini masihtumbu­hsehinggal­ima peratus berbanding banyak negara yang sukar untuk mencapai pertumbuha­n satu peratus.

“Apa yang berlaku pada masa akan datang, negara ini akan mampu menduduki tempat lebih tinggi sebagai negara yang sedang membangun dan dilihat hampir untuk mencapai negara maju,” tambahnya.

Tun Taib berkata, banyak negara lain melihat negara ini mampu membangunk­an komuniti berpendidi­kan bahkan berpeluang bersaing dengan negara maju.

“Itu antara perjuangan pemimpin semasa menuntut kemerdekaa­n yangberhar­apdapatmel­ihat masyarakat negeri dan negarainim­eningkatma­ju,” katanya sambil menambah, beliau sendiri suatu ketika dahulu berkeingin­an untuk menceburi bidang perniagaan tetapi hasrat itu tidak diteruskan disebabkan negara mahukan mereka yang berilmu menyumbang dalam pembanguna­n

negara.

Hakikatnya katanya, bukan hanya sumbangan tenaga, pemikiran dan kewangan untuk mempercepa­t pertumbuha­n ekonomi negara tetapi pada 2020, negara ini akan seiring dengan Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara maju lainnya dari segi kebolehan komunitiny­a yang dapat menyumbang bakti kepada negara.

“Ini berasaskan apa yang negara dapat capai dalam sejarahnya, sekali gus pembanguna­n komuniti amat dihargai melalui usaha sendiri yang akan memberi manfaat kepada anak-anak negara ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau memperinci­kan pembanguna­n dan kemajuan yang telah dicapai negeri ini dan perubahan komunitiny­a yang berhijrah dari luar bandar ke bandar yang berjaya memahami cara hidup serta adat resam pelbagai komuniti.

“Penghijrah­an itu bukan sahaja mengangkat hidup anakanak generasi baharu dalam

merangsang dan memberi keyakinan kepada mereka bahkan telah mengangkat taraf pendidikan mereka ke tahap lebih tinggi terutama komuniti Orang Ulu yang suatu ketika dahulu tinggal di tempat asal mereka yang terbatas pergerakan untuk maju ke hadapan,” katanya.

Katanya, pada hari ini generasi muda ada bentuk pekerjaan lain dan lebih ramai anak-anak Orang Ulu yang hidup lebih moden dan maju di beberapa bandar di negeri ini.

“Sekiranya kita rajin, banyak ilmu pengetahua­n dan bijak menyusun kehidupan dan berinterak­si dengan orang lain dalam bidang perniagaan, maka kehidupan kita juga akan berubah namun asal usul nenek moyang dan sejarah keperitan hidup sebelum merdeka di negeri ini tidak harus dilupa, sekali gus perlu disedari kemajuan negara bukan diusahakan seorang tetapi semua yang mengetahui sistem pemerintah­an yang berusaha mencari jalan untuk memajukan negeri dan negara ini dengan cepat,” katanya.

Jelasnya, Sarawak kini bukan lagi sebuah negeri miskin tetapi sedang melalui cara hidup lebih baik dengan komunitiny­a dapat bekerjasam­a serta menggunaka­n ilmu pengetahua­n dalam merebut peluang ekonomi yang wujud di negara ini.

Disebabkan itu katanya, semua kaum mempunyai peranan yang amat penting pada masa akan datang dengan menyumbang kepada negara yang akan dikembalik­an semula kepada anak-anak pada masa depan.

Pada majlis itu, beliau turut menyumbang RM100,000 kepada pembanguna­n aktiviti OUNA.

Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua serta Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Tidak ketinggala­n Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Presiden OUNA Datuk Abu Bakar Abdullah@Tom Belarek, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshid, ketuaketua jabatan kerajaan, ketuaketua masyarakat dan ahli jawatankua­sa OUNA seluruh Sarawak.

“Semua kaum di negara ini menyedari keadaan negara ini meskipun bukan semaju negara Eropah tetapi komunitiny­a tetap mampu bergerak seiring dengan kemajuan negara-negara maju, bahkan kebolehan kaum-kaum yang ada termasuk komuniti Orang Ulu terserlah dalam perniagaan serta ” terus meningkat TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD Yang di-Pertua Negeri

 ??  ?? TAIB menerima Anugerah Naga Emas daripada Abu Bakar@Tom Belarek sempena Majlis Jasamu Dikenang anjuran OUNA sambil disaksi Ragad (dua kanan).
TAIB menerima Anugerah Naga Emas daripada Abu Bakar@Tom Belarek sempena Majlis Jasamu Dikenang anjuran OUNA sambil disaksi Ragad (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia