Utusan Borneo (Sabah)

Disyaki terlibat rasuah: Koperal direman tujuh hari

Disyaki terlibat rasuah libatkan transaksi wang

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU : Seorang lagi anggota polis berpangkat koperal direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan salah laku rasuah membabitka­n transaksi wang berjumlah puluhan ribu ringgit.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan keputusan itu selepas menerima permohonan daripada Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd. Faliq Basirudin.

Individu yang berumur 44 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, jam tujuh malam pada Khamis.

Difahamkan, salah laku itu dilakukan semasa individu terbabit dipinjamka­n ke Jabatan Imigresen Siasatan Jenayah Narkotik sebelum dipindahka­n ke bahagian Stor.

Transaksi wang berkenaan yang berjumlah puluhan ribu dipercayai dilakukan secara tunai dan dalam talian sekitar tahun 2014 hingga Jun lepas.

Tindakan berkenaan dipercayai bertujuan melindungi pesalah bagi kes dadah atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Untuk itu, dia disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana memberi sogokan kepada penjawat awam dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pada Selasa lepas, seramai 12 anggota polis berpangkat konstabel hingga inspektor dikenakan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.

Penahanan terbaharu ini menjadikan jumlah suspek yang disiasat berhubung kes rasuah menjadi 13 individu termasuk seorang di Sibu, Sarawak.

 ??  ?? INDIVIDU (kanan) yang dipercayai anggota polis berpangkat Koperal yang disyaki turut terlibat dalam salah laku rasuah, diiringi olehpegawa­iSPRMberja­lan masuk ke Mahkamah Majistret.
INDIVIDU (kanan) yang dipercayai anggota polis berpangkat Koperal yang disyaki turut terlibat dalam salah laku rasuah, diiringi olehpegawa­iSPRMberja­lan masuk ke Mahkamah Majistret.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia