Utusan Borneo (Sabah)

Lagi waris bayi perempuan diminta tampil

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Pejabat Kebajikan Am Daerah Beluran mengesan keluarga atau waris seorang bayi perempuan berusia 8 bulan, yang ditinggalk­an ibu kandungnya sejak April 2018.

Pelindung Asmad Nasir berkata perkara ini bagi membantu siasatan yang dijalankan pihaknya berhubung kes penyerahan bayi berkenaan, berdasarka­n laporan polis dibuat pengadu bertarikh 6 September 2018.

Beliau berkata siasatan awal hasil temuduga yang dijalankan, pengadu melaporkan bahawa pada pertengaha­n bulan April 2018, jam lebih kurang 7 pagi bertempat di kedai runcit ibu pengadu di Kampung Bambangan, Sualok Telupid, seorang wanita yang memperkena­lkan diri dengan nama Christina yang juga ibu kandung kepada bayi itu telah datang berjumpa dengan pengadu.

Wanita itu meminta bantuan pengadu bagi menjaga bayi berkenaan yang berumur 2 bulan untuk sementara waktu kerana dia hendak ke Sandakan atas sebab ada urusan.

Pengadu memaklumka­n tidak ada sebarang dokumen kanak-kanak yang diiserahka­n oleh Puan Christina kepada pengadu.

Sehingga laporan polis dibuat, Puan Christina tidak datang mengambil bayinya, dan pengadu tidak mengetahui tempat tinggal serta tidak mengenali Puan Christina dan saudara maranya.

Pengadu membuat pengakuan bahawa kedatangan Puan Christina ke kedai ibunya adalah kehadiran pertama kali dan perbualan pertama kali pengadu dengan Puan Christina.

Sehubungan itu, Asmad meminta waris atau sesiapa yang mengenali bayi berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan kes ini.

Untuksebar­angmakluma­t lanjut, boleh menghubung­i beliau di pejabatnya melalui talian 089-518301.

 ??  ??
 ??  ?? BAYI perempuan yang ditinggalk­an ibunya sejak April 2018.
BAYI perempuan yang ditinggalk­an ibunya sejak April 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia