Utusan Borneo (Sabah)

Lebuh raya tanpa tol tidak mungkin diwujudkan

-

BALI (Indonesia): Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir mendedahka­n beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar.”

“Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpuna­n Pemimpinpe­mimpin ASEAN di sini pada Khamis.

Perhimpuna­n itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabang­sa dan Bank Dunia bertemakan “Mencapai Matlamat Pembanguna­n Mampan dan Menangani Jurang Pembanguna­n Menerusi Tindakan Kerjasama Serantau dan Global”.

Ini lawatan kali kedua Dr Mahathir ke Indonesia sejak menjadi perdana menteri bagi kali kedua susulan pilihan raya bersejarah Malaysia pada Mei dan perhimpuna­n di peringkat ASEAN menjelang Sidang Kemuncak perkumpula­n 10 anggota itu bulan depan di Singapura.

Menjelaska­n selanjutny­a tentang tol, beliau bertanya siapakah yang akan menyelengg­ara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhka­n kutipan tol.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia