Utusan Borneo (Sabah)

Menteri tidak boleh bawa pasangan ke luar negara jika lawatan kurang tujuh hari

-

SHAH ALAM: Kabinet memutuskan untuk tidak membenarka­n anggota jemaah menteri membawa pasangan masing-masing ke luar negara sekiranya lawatan kerja rasmi kurang daripada tujuh hari, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (gambar).

Beliau berkata arahan itu yang berkuat kuasa sertamerta merupakan satu langkah penjimatan dalam perbelanja­an awam.

“Kalau lawatan kerja dalam 1-2 hari itu, tidak boleh lagi bawa isteri dan tidak lagi ditanggung kerajaan,” katanya pada program Bicara Minda bertajuk Ekonomi: Kesejahter­aan Untuk Semua di Dewan Karangkraf di sini pada Jumaat.

Ketika ditemui pemberita selepas program itu, Mohamed Azmin berkata arahan itu diputuskan Kabinet sebab berpandang­an bahawa lawatan kerja rasmi adalah bersifat kerja dan tidak perlu melibatkan anggota keluarga khususnya isteri. “Antara garis panduan yang ditetapkan adalah sekiranya lawatan kerja kurang tujuh hari, maka menteri itu boleh pergi dengan dua orang pegawai sahaja (ke luar negara).

“Kalau (menggunaka­n) perbelanja­an sendiri dan lawatan kurang tujuh hari, menteri tersebut boleh bawa (isteri),” katanya.

Mohamed Azmin berkata anggota jemaah menteri dibenarkan membawa pasangan masing-masing sekiranya lawatan kerja itu melebihi tujuh hari.

Beliau bagaimanap­un berkata arahan tersebut tidak tertakluk kepada perdana menteri berikutan isterinya perlu menjalanka­n tugas sebagai isteri perdana menteri di negara yang dilawatiny­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia