Utusan Borneo (Sabah)

Kunjungan hormat bukan mohon maaf, kata Donald

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazan Dusun Murut Bersatu (Upko) menafikan khabar angin bahawa parti itu telah bertemu dengan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk meminta maaf.

Pada 9 Oktober lepas, Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, bersama-sama dengan pemimpin tertinggi parti itu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mahathir di pejabatnya di Putrajaya. Gambar-gambar kunjungan hormat itu, yang kemudian menjadi viral telah mencetuska­n khabar angin kononnya pertemuan Upko dengan Mahathir untuk meminta maaf.

Berikutan itu, Timbalan Presiden Upko Datuk Donald Mojuntinme­negaskanba­hawa tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk mengemukak­an isu-isu penting negara kepada Mahathir.

“Saya ingin menjelaska­n tentang kunjungan hormat itu oleh Upko kepada Mahathir, yang diketuai oleh Presiden Upko Datuk Seri Panglima Madius Tangau, dua hari lepas.

“Terdapat beberapa individu yang membuat spekulasi bahawa Upko telah bertemu dengan Perdana Menteri untuk meminta maaf kerana memanggiln­ya ‘bapa Projek IC’.

“Sebenarnya, khabar angin yang diviralkan itu tidak benar,” kata Donald kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Pegerakan Pemuda, Wanita dan Komulakan, di sebuah hotel di ibu negeri pada Jumaat.

Beliau berkata Upko telah berjuang untuk menyelesai­kan masalah ini selama dua dekad dan pendirian parti masih konsisten sehingga sekarang.

Donald menjelaska­n bahawa pertemuan Upko dengan Mahathir kerana beliau memegang jawatan ‘Perdana Menteri’.

“Memandangk­an Upko adalah sebahagian daripada KerajaanSa­bah,iaadalahse­suai untuk kami berjumpa dengan pemimpin Persekutua­n dan negeri, apabila kita mempunyai peluang untuk berbuat demikian - untuk menyatakan perkara yang perlu untuk Upko dan dalam menangani isu-isu berkaitan negeri. Itu sahaja, “kata Donald.

Beliau menyifatka­n khabar angin itu sebagai satu lagi percubaan untuk mencemarka­n nama baik Upko.

Semantara itu, Donald berkata bahawa Upko tidak boleh lagi dianggap sebagai ‘parti kecil’ kerana parti itu mahu melihat ahlianya menggunaka­n minda yang lebih positif.

“Jika kita mengatakan bahawa kita kecil maka kita akan menjadi kecil. Saya lebih suka melihat Upko sebagai sebuah parti yang berkembang pesat,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, Upko mempunyai kirakira 150,000 ahli berdaftar dan angka itu terus meningkat setiap hari.

“Untuk berkembang lebih pesat, Upko mesti menggunaka­n sikap yang lebih positif,” tegasnya.

Turut hadir Ketua Komulakan Upko Datuk Ewon Benedict dan Ketua Wanita Upko Datin Seri Dr Jaina Sintian.

 ??  ?? DONALD menerima cenderahat­i daripada Ewon.
DONALD menerima cenderahat­i daripada Ewon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia