Utusan Borneo (Sabah)

Jaina mahu wanita Upko utama tiga perkara penting

- - Oleh John Tambanan

KOTA KINABALU: Datin Seri Panglima Dr Jaina Santian yang mengundur diri sebagai Ketua Pergerakan Wanita Upko mahu pergerakan itu untuk terus mengutamak­ankan tiga perkara penting iaitu pendidikan formal, tidak formal termasuk rohani, penjagaan kesihatan diri dan keluarga serta kercekapan pengurusan kewangan dan kebolehaan mengolah perekonomi­an keluarga.

Beliau yakin kejayaan pergerakan itu menguasai dan menerap ketiga-tiga hal penting ini akan mampu membawa pendekatan ke arah kehidupan yang lebih positif berkeyakin­an dan mampu menghadapi segala jenis cabaran.

“Dengan demikian, kita sebagai momogun akan lebih mampu menyumbang secara positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.

“Kita akan mampu melepasi garisan pengasinga­n atau pemisah dengan masyarakat lain dari segi kemajuan dan kemampuan berkarya dalam kehidupan yang kompetitif. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, berkeyakin­an, berprestas­i dan disegani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian serentak Mesyuarat Agung Tritahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Komulakan disempurna­kan oleh Timbalan Presiden Upko Datuk Donald Peter Mojuntin bertempat di sebuah hotel di ibu negeri pada Jumaat.

Jaina berkata, wanita sebagai pemimpin politik tidak lagi berada di belakang tetapi sebaris dan setanding dengan lelaki untuk berjuang mengemudik­an bersama demi mencapai hasrat masyarakat hari ini.

Katanya, pemimpin wanita unggul dunia seperti Angela Merkel, Chanselor Germany sejak 2000; Jancita Andern Perdana Menteri New Zeland, Michelle Bachelet, Presiden Chile dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kenapa tidak dari wanita rumpun Pasok Momogun.

Jaina berkata, satu kekesalan beliauyang­agaksedihi­alahtidak dapat berjaya menyakinka­n pucuk kepimpinan Upko untuk megambil calon-calon wanita untuk bertanding dalam beberapa pilihanray­a umum yang lepas.

“Namun saya percaya barisan kepimpinan wanita Upko yang baru, yang diterajui oleh Datin Juliana Jani akan terus mencungkil dan mengasah bakat-bakat baru dan muda demi merealisas­i cita-cita ini. Ramai wanita kita sedang menunggu giliran ini,” katanya.

Jaina berharap wanita Upko akan terus bergerak aktif untuk mengenalpa­sti serta membimbing mereka dalam usaha memperkasa­kan penglibata­n langsung wanita dalam pembanguna­n negara melalui platform politik.

Katanya, wanita harus bersiap sedia, tidak leka dengan arah yang terhidang oleh kecangihan teknologi maklumat terutama hiburan dan segala fitnah negatif di media sosial.

“Jangan sesekali terhanyut dengan perasaan negatif, kelak akan terleka dan terbuai hidup di alam maya menjauhi realiti.

Wanita harus bangkit memegang jati diri dan menguasai setiap cabaran. Mengambil peluang untuk meningkatk­an ilmu dan kemahiran dalam bidangbida­ng industri baru dan komoditi berpotensi serta ideaidea penggalaka­n pelanconga­n baru serta berinovati­f.

Jaina berkata, beliau mahu melihat Upko yang lebih lantang, terbuka luas, telus, ikhlas dan proaktif untuk menghadapi apa jua cabaran pada masa-masa akan datang.

Katanya, telah tiba masanya untuk Upko berdikari dan bebas, secara solo mengambil semua ikhtibar demi mencapai kejayaan, khasnya dalam PRU15 dan selanju

“Kita akan buat keputusan sendiri, berbanding menggunaka­n lambang Upko, dimangkink­an dan diinspiras­ikan dengan laungan ‘Minsompuru Tokou Sogigisom’.

Kita bertekad untuk terus berjuang ke hadapan, bekerja dan berinisiat­if lebih kuat untuk memastikan Upko terus kuat, kukuh untuk memperjuan­gkan hak-hak dan kedudukan masyarakat momogun dan Sabah.

 ??  ?? JAINA
JAINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia