Utusan Borneo (Sabah)

PRU-14 serlah aspirasi rakyat terhadap era politik baharu

- - Oleh John Tambanan

KOTA KINABALU: Ketua Komulakan Upko Datuk Ewon Benedict berkata, Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU-14) telah menyerlahk­an aspirasi rakyat terhadap era politik baharu di peringkat negeri dan juga nasional.

Beliau berkata, rakyat telah menterjema­hkan tuntutan reform dan budaya politik dalam keputusan PRU14 tersebut. Nyata sekali sebahagian besar rakyat mendukung parti yang inklusif kepada aspirasi bersama semua suku bangsa di negara ini. Politik perkauman ekstrem telah ditolak.

“Ya, benar, kita semua mahu hak dan kepentinga­n kaum di negara kita terjaga sepertiman­a diperjuang­kan oleh parti-parti politik. Tetapi rakyat kini menuntut cara penyampaia­n dan komunikasi yang lebih diplomatik mengenai tuntutan aspirasi terhadap hak dan kepentinga­n setiap kaum tersebut.

Ia tidak seharusnya sehingga mengangkat keris untuk menyampaik­an aspirasi kerana ianya memperliha­tkan mesej yang terlalu ekstrem.

Bukan juga sehingga mengangkat gayung dan berpakaian hampir bogel di hadapan bangunan pentadbira­n kerajaan kerana ianya memperliha­tkan mesej kebudak-bud

Bukan juga sehingga menggunaka­n kata-kata cacian dalam pidato-pidato umum dan kenyataan rasmi kerana ia menampakka­n ketidakmat­angan sebagai pemimpin politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan pada majlis perasmian serentak Mesyuarat Agung Tritahunan Pergerakan Komulakan, Pemuda dan Wanita Upko disempurna­kan oleh Timbalan Presiden Upko Datuk Donald Peter Mojuntin, di sini pada Jumaat.

Ewon berkata, kejatuhan kerajaan yang lepas di tangan rakyat berpunca kepada politik ekstrem pemimpin-pemimpin tertentu dalam pentadbira­n atau parti.

“Ianya juga berpunca daripada dominasi dan keangkuhan parti tertentu. Dan ianya juga berpunca daripada salah laku kepimpinan yang terpalit dengan skandalska­ndal yang tidak dapat dipertahan­kan di mata rakyat,” katanya.

Beliau berharap Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri Sabah yang ada hari ini dapat mengambil ikhtibar daripada kejatuhan kerajaan yang lepas.

“Sebagai pemimpin dan ahli parti,inilahtang­gungjawabk­ita untuk terus memperinga­tkan sesama sendiri, khususnya para pemimpin bahawa rakyat sebenarnya jauh lebih berkuasa daripada barisan jemaah menteri dalam kerajaan apabila datangnya tahun pilihanray­a,” katanya.

Ewon berkata, berdasarka­n dimensi politik yang baharu ini, Upko, juga perlu melihat jauh ke hadapan agar berupaya mengasimil­asi aspirasi rakyat sepanjang masa.

“Kitaboleht­erusmenjad­ikan aspirasi memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n Bangsa Momogun sebagai asas perjuangan parti, tetapi harus lebih inklusif agar hari-hari yang seterusnya parti kita berupaya untuk memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n Bangsa Sabah dan Bangsa Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, bangsa Momogun kini semakin berkembang menjadi bangsa Sabah kerana sudah begitu banyak perkahwina­n campur yang melahirkan generasi baru yang tidak lagi mahu memilih untuk menamakan kaum mereka samada mengikut si ayah atau si ibu.

“Mereka tidak mahu dikenali sebagai peranakan, tapi berbangga disebut, ‘I am Sabahan atau Saya anak Malaysia’,” katanya.

 ??  ?? EWON (empat kiri) menyerahka­n kepimpinan Komulakan Upko kepada Willy Frous (lima kanan).
EWON (empat kiri) menyerahka­n kepimpinan Komulakan Upko kepada Willy Frous (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia