Utusan Borneo (Sabah)

Sabah dan Sarawak senada

Mahu hak dalam MA63 dikembali

-

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal senada dalam perjuangan untuk mendapatka­n semula hak dan kuasanya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perkara itu dinyatakan oleh kedua-dua pemimpin dalam sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Menteri Sarawak di sini, Jumaat.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah beberapa anggota Kabinet negeri Sabah dan Sarawak termasuk Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah, Tan Sri Dr James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Kepentinga­n kita (Sabah dan Sarawak) adalah sama apabila kita menandatan­gani Perjanjian Malaysia 1963 bersama-sama dengan Persekutua­n Tanah Melayu dan sudah tentu senada mahu supaya hak dan kuasa kita dikembalik­an,” kata Mohd Shafie.

Beliau berkata sudah tiba masanya kedua-dua negeri bersepakat untuk membolehka­n suara dan aspirasi rakyat keduadua negeri didengari dan menurutnya apa yang cuba diperjuang­kan adalah untuk kepentinga­n rakyat Sabah dan Sarawak dan negara keseluruha­n.

“Saya rasakan sudah sampai masanya untuk (kerajaan pusat) menyedari bahawa adanya tuntutan dari Sabah dan Sarawak, tidak bermakna kita tidak sayangkan Malaysia, kita sayangkan Malaysia tetapi harus juga disedari bahawa setiap yang sudah dipersetuj­ui harus ditunaikan,” tegas beliau.

Menurut Mohd Shafie, kerajaan pusat juga perlu menyedari bahawa perubahan perludibua­tterhadapt­untutan royalti minyak dengan mempertimb­angkan tuntutan 20 peratus yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak.

“Kita bukan meminta 100 peratus, kita hanya minta 20 peratus kerana harus diingatkan bahawa 50 peratus keluaran minyak di negara ini adalah dari Sabah,” katanya.

Berhubung pertemuan hari ini, Abang Johari berkata ia bagi mengukuhka­n kerjasama antara Sabah dan Sarawak dalam pelbagai bidang memandangk­an kedua-dua negeri mempunyai banyak persamaan.

Beliau berkata Sarawak bersedia untuk bekerjasam­a dengan Sabah dalam projek automobil yang sedang dalam perancanga­n kerajaan negeri Sabah di Taman Industri Kota Kinabalu (KKIP).

Mohd Shafie pula berkata Sabah boleh belajar daripada Sarawak yang memiliki pengalaman yang lebih luas dalam sektor perindustr­ian, di samping Sabah boleh membeli tenaga elektrik daripada Sarawak yang memiliki bekalan tenaga elektrik berlebihan dan harganya yang lebih murah.

Dalam sektor pelanconga­n, beliau berkata Sabah boleh membantu membawa pelancong asing, khususnya dari China untuk melawat Sarawak memandang ramai pelancong dari negara itu mengunjung­i Sabah.

Semua cadangan kerjasama itu akan dibincang secara terperinci, menurut keduadua pemimpin.

 ??  ?? SHAFIE dan Abang Johari berbincang sempena pertemuan yang diadakan di pejabat Ketua Menteri pada Khamis.
SHAFIE dan Abang Johari berbincang sempena pertemuan yang diadakan di pejabat Ketua Menteri pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia