Utusan Borneo (Sabah)

Dua maut dalam kenderaan disahkan terhidu karbon monoksida

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Punca kematian dua lelaki yang ditemukan maut dalam kenderaan pada pagi Rabu, disahkan akibat keracunan terhidu karbon monoksida dari pelepasan asap kenderaan dan juga gas aircond kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A. Sahak Rahmat mengesahka­n perkara itu selepas bedah siasat ke atas kedua-dua mayat mangsa yang dilakukan di Hospital Daerah Kinabatang­an selesai pada lewat petang Khamis.

Beliau berkata bedah siasat terhadap mayat mangsa iaitu pemandu kenderaan bernama Mohd. Fitri Mohammad, 19, dibuat pada jam 10.40 pagi dan selesai pada jam 1.30 tengahari.

Manakala bedah siasat ke atas mayat mangsa iaitu penumpang hadapan bernama Mohd. Helmey Zan Muhammad, 19, dilakukan pda jam 3.15 petang dan selesai pada jam 6.05 petang.

“Hasil laporan bedah siasat yang dilakukan pegawai perubatan Hospital Daerah Kinabatang­an mengesahka­n punca kematian keduadua mangsa adalah akibat keracunan (terhidu karbon monoksida) dari pelepasan asap kenderaan dan juga gas aircond kenderaan yang digunakan,” jelasnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.46 pagi Rabu, keduadua mangsa ditemukan mati di dalam sebuah kenderaan yang enjinnya masih hidup di tepi jalan Kilometer 80, Jalan Sandakan-Lahad Datu.

Kedua-dua mangsa juga disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang membuat pemeriksaa­n keatas kedua-dua mangsa yang masih berada di dalam kenderaan terbabit.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia