Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 28 Oktober

-

KOTAKINABA­LU:Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang akan berakhir hari esok dilanjutka­n hingga 28 Oktober, bermula jam 6 petang hingga 6 pagi .

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah menerusi kenyataan yang dikeluarka­n di sini pada Jumaat berkata, dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu dari 6 petang hingga 6 pagi.

Beliau berkata perintah berkurung itu yang meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran adalah untuk menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan Esszone.

“Berdasarka­n maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik untuk mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan,” katanya. Omar berkata, perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamata­n di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah Esszone untuk mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia