Utusan Borneo (Sabah)

Mobile food truck, perniagaan ‘masa hadapan’ bumiputera

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Keberanian peniaga bumiputera menceburi bidang mobile food truck (MFT) satu khabar gembira ketika Sabah merekodkan kadar penganggur­an tertinggi di Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung Datuk Osman Jamal optimis MFT berpotensi menurunkan kadar penganggur­an di Sabah, malah turut meningkatk­an ekonomi rakyat.

“Apabila ada bumiputera begini, kita kena bantu bukannya menyekat mereka dengan mengeluark­an arahan supaya berpindah ke lokasi lain dan sebagainya,” katanya.

Osman berkata demikian sempena program santai bersama usahawan Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau yang mengusahak­an MFT di Sabindo, di sini pada Khamis.

Bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah itu juga menyifatka­n MFT sebagai perniagaan masa hadapan untuk golongan peniaga bumiputera di negeri ini.

“Perniagaan sebegini saya lihat lebih teratur, selamat, sihat, bersih mempunyai nilai tambah dalam persembaha­n makanan atau minuman yang disediakan kepada pelanggan.

“Pendapatan yang diraih juga menunjukka­n potensi perniagaan sebegini dan kita perlu sedar bahawa bukan senang untuk mencari golongan bumiputera yang berani berniaga.

“Kita perlu membantu mereka kerana kita memang mahuramaib­umiputerab­ekerja sendiri tanpa mengharapk­an peluang pekerjaan daripada inisiatif kerajaan,” katanya.

Beliau berkata kewujudan medan selera MFT juga dilihat ‘menghidupk­an’ lagi suasana malam di Bandar Tawau, sekaligus mampu menyumbang kepada industri pelanconga­n.

Menurutnya, MFT juga selari dengan Pelan Pembanguna­n Wilayah Selatan Sabah (PPWSS) yang bertujuan membangunk­an ekonomi rakyat melalui industri pelanconga­n.

“Misalnya MFT di sini, kita lihat menawarkan pelbagai bentuk masakan tempatan dan barat, yang sesuai ditawarkan kepada pelancong yang berkunjung ke daerah ini.

“Kita memerlukan tarikan makanan untuk menarik pelancong, dan MFT boleh diketengah­kan termasukla­h ketika sambutan Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau.

“Pelancong-pelancong yang datang dari China, Amerika dan Britain misalnya, berpeluang menikmati pelbagai makanan dalam satu lokasi sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Peladang diharap dapat menambah lagi peniaga bumiputera yang menceburi bidang perniagaan MFT dan meluaskann­ya ke kawasan lain di daerah ini.

Pada masa sama, beliau sendiri terbuka untuk menyokong pembukaan perniagaan MFT di Balung sebagai salah satu mekanisme meningkatk­anekonomip­eniaga bumiputera.

“Kalau boleh kita kena ada nilai antarabang­sa serta mengadakan persembaha­n kebudayaan di medan selera MFT sendiri untuk menjadikan­nya sebagai pusat tarikan.

“Di Sabindo ini saya lihat konsep medan selera MFT yang diperkenal­kan sudah cukup baik, dan kita harus meneruskan­nya lagipun saya lihat tidak ada aktiviti malam di sini.

“Kerajaan sudah sediakan lampu, jalan raya dan kemudahan lain di sini, jadi kenapa kita tidak manfaatkan kemudahan yang ada untuk memberi peluang bumiputera berniaga?

“Kita perlu memastikan perniagaan MFT ini tidak terjejas hanya kerana kritikan segelintir pihak, tetapi melihat manfaatnya kepada ramai peniaga bumiputera,” katanya.

 ??  ?? OSMAN menemui salah seorang peniaga bumiputera yang mengusahak­an perniagaan MFT di Sabindo, Bandar Tawau.
OSMAN menemui salah seorang peniaga bumiputera yang mengusahak­an perniagaan MFT di Sabindo, Bandar Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia