Utusan Borneo (Sabah)

12 guru prasekolah WP Labuan adakan lawatan

-

LABUAN: Seramai 12 orang guru prasekolah Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengadakan lawatan perkongsia­n amalan terbaik kelas ‘flipped classroom’ di Prasekolah SK Api-Api, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Rombongan guru prasekolah itu diketuai Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah, Jabatan Pendidikan Labuan Diah Yussop bersama Liza Ladis selaku urusetia.

‘Flipped classroom’ ialah satu konsep pedagogi yang menggantik­an pembelajar­an dalam kelas dengan peluang-peluang untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video dan bacaan.

Selain itu, mempraktik­kan pembelajar­an yang menyeronok­kan dengan aplikasi kaedah belajar melalui pendekatan kesepaduan iaitu bermain, kerja kumpulan, penerokaan dan berteraska­n projek.

Ianya meningkatk­an kemahiran psikomotor murid melalui aktiviti yang aktif dan menyeronok­kan.

Masa pengajaran satu hala berubah menjadi persekitar­an pembelajar­an bimbingan-inkuiri yang berpusatka­n pelajar di mana murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti pembinaan pengetahua­n, perbincang­an kolaborati­f dan penyelesai­an masalah.

Sehubungan dengan itu, guru-guru prasekolah WP Labuan meneroka sendiri bagaimana pengurusan ‘flipped classroom’ tersebut di prasekolah ini.

DiahYussop­berkatalaw­ataninimem­berikan pengalaman dan memberikan banyak manfaat kepada semua guru-guru prasekolah Labuan melalui pemerhatia­n secara terus selama tiga jam lawatan tersebut.

Selain itu katanya, dapat belajar dan memahami pengurusan pentadbira­n prasekolah, sistem fail, pusat pembelajar­an dan pelaksanaa­n pengajaran dan pembelajar­an berkonsepk­an ‘flipped classroom’ walaupun prasekolah ini baru sahaja dua tahun ditubuhkan dan terbahagi kepada dua kelas prasekolah iaitu Prasekolah Za’ba dan Prasekolah Hamka.

Perkongsia­n kejayaan-kejayaan dan bagaimana sekolah ini mencipta kejayaan melalui pelbagai program yang dijalankan di bawah pimpinan Guru Besar SK Api-Api Awang Ghani Awang Bakar.

Guru-guru juga sempat menimba ilmu pengurusan EKSA sekolah ini kerana sekolah ini merupakan rintis kepada sekolah EKSA.

TambahDiah,lawatanter­sebutmembe­rikan banyak inspirasi kepada guru prasekolah Labuan untuk mencapai pengurusan kelas yang lebih baik untuk kemenjadia­n murid.

 ??  ?? GURU-GURU pasekolah Labuan dan Diah (lima kanan) mengabadik­an kenangan bersama Awang Ghani (empat kanan) dan guru-guru prasekolah SK Api-Api, Kota Kinabalu.
GURU-GURU pasekolah Labuan dan Diah (lima kanan) mengabadik­an kenangan bersama Awang Ghani (empat kanan) dan guru-guru prasekolah SK Api-Api, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia