Utusan Borneo (Sabah)

Masjid pertama guna Kod QR e-Derma

Masjid Taman Wawasan Tawau catat sejarah di Sabah

-

TAWAU: Masjid Taman Wawasan merupakan masjid pertama di Sabah menerima konsep menderma melalui Kod QR yang mana pengunjung masjid boleh membuat sumbangan dengan mengimbas Kod QR disediakan melalui aplikasi i-Muamalat (e-Derma).

Menerusi kaedah itu, urusan berkenaan akan terus ke akaun bank masjid berkenaan.

Sebagai rekod, selepas Masjid Taman Wawasan yang pertama memperkena­l dan melaksanak­an Kod QR, ia disusuli Masjid Az Zaemah Bandar Sri Indah Tawau.

Bagaimanap­un, Masjid Jameek adalah masjid pertama di negara ini menerima konsep menderma melalui Kod QR yang diperkenal­kan oleh Bank Muamalat.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Sarifuddin Hatta berkata melalui penerangan cara menggunaka­n aplikasi digital Kod QR e-Derma adalah kebaikan daripada perkembang­an teknologi.

Katanya, kemudahan yang disediakan itumembole­hkansesiap­asahajamen­derma dalam bentuk tunai terus kepada akaun bank tabung masjid yang terpilih dengan hanya mengimbas imej QRCode masjid masing-masing melalui telefon mudah alih.

“Ia bukan sahaja menguruska­n transaksi mudah untuk penderma, malah ia juga lebih mudah untuk masjid mengurus kewangan melalui sistem ini dan akan menghapusk­an kerumitan pengendali­an wang tunai atau perlu berurusan dengan kes-kes kehilangan wang tunai,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen di Masjid Taman Wawasan Tawau, di sini.

Majlis pelancaran aplikasi digital Kod QR e-Derma itu disempurna­kan Sarifudin Hatta yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N58 Merotai, dengan di saksikan Ahli Parlimen P191 Kalabakan, Ma’amun Sulaiman, Pengerusi Masjid Taman Wawasan, Dr Nordin Bula dan Pengurus Bank Muamalat Cawangan Tawau, Mustafah Mappalappa­ng.

Sehubungan itu, Sarifuddin mencadangk­an semua jawatankua­sa masjid di negeri ini agar mengambil peluang mendapatka­n aplikasi berkenaan dari Bank Muamalat memandangk­an ia adalah percuma dan memberi banyak manfaat di samping menyemai nilai nilai murni kepada masyarakat melalui amalan bersedekah.

“Ia sangat berfaedah, mudah diurus dan selamat digunakan dan penderma yakin memberi sumbangan sedekah menerusi aplikasi selamat,” katanya.

Sementara itu, Mustafah berkata kemudahan disediakan itu membolehka­n sesiapa sahaja menderma dalam bentuk tunai terus kepada akaun bank tabung masjid terpilih dengan hanya mengimbas imej Kod QR masjid masing–masing melalui telefon mudah alih.

“Pengunjung masjid boleh menderma dengan mudah tanpa wang tunai menggunaka­n telefon mudah alih mereka kepada tabung masjid dengan mengimbas kod elektronik (kod QR),” katanya.

“Kemudahan yang disediakan itu membolehka­n sesiapa sahaja menderma dalam bentuk tunai terus kepada akaun bank tabung masjid yang terpilih dengan hanya mengimbas imej QRCode masjid masing-masing melalui telefon mudah alih. ” SARIFUDDIN HATTA Pembantu Menteri Kewangan Sabah

 ??  ?? SAIFUDDIN (berdiri lapan dari kiri) dan Mamun (berdiri lapan dari kanan) bersama-sama Jawatankua­sa Masjid Taman Wawasan Tawau selepas pelancaran e-Derma.
SAIFUDDIN (berdiri lapan dari kiri) dan Mamun (berdiri lapan dari kanan) bersama-sama Jawatankua­sa Masjid Taman Wawasan Tawau selepas pelancaran e-Derma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia