Utusan Borneo (Sabah)

Kongres tahunan ke-33 PBS 15-17 November

-

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mengadakan kongres tahunan ke-33 dari 15 hingga 17 November, kata Setiausaha Agungnya Datuk Johnny Mositun.

Katanya, pada tahun ini, terdapat sedikit perubahan di mana untuk majlis perasmian akan diadakan di Dewan Hakka di Tanjung Lipat Likas pada jam 3.00 petang pada 15 November dan ia akan diikuti oleh majlis Malam Bersatu di tempat yang sama pada jam 7.00 malam.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan menyempurn­akan majlis perasmianm­anakalaTim­balan Presiden Datuk Seri Maximus Ongkili akan menyampaia­n ucapan kepada perwakilan di majlis Malam Bersatu.

Memandangk­an Pairin menyatakan keinginann­ya untuk bersara dan tidak bertanding jawatan presiden, ucapannya pada majlis perasmian akan menjadi yang terakhir sebagai pemimpin tertinggi PBS.

Menurut Mositun Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS akan mengadakan mesyuarat agung tahunan di Dewan Hongkod Koisaan dan ITCC pada 16 Nov.

Acara kemuncak iaitu kongres perwakilan bahagian akan diadakan pada 17 Nov di Dewan Hongkod Koisaan bermula pada jam 8.00 pagi, katanya dan menambah bahawa 1,500 perwakilan daripada 53 bahagian PBS dijangka menghadiri kongres itu.

“Oleh kerana tahun ini juga tahun pemilihan parti, saya ingin mengumumka­n bahawa pencalonan untuk semua jawatan akan dibuka pada 15 Oktober dan tarikh tutup penyerahan adalah 30 Okt,” kata Mositun yang juga Pengerusi Suruhanjay­a Pemilihan.

Selain daripada pemilihan parti, perwakilan dijangka akan membentang­kan beberapa usul untuk dipertimba­ngkan oleh Majlis Tertinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia