Utusan Borneo (Sabah)

Gejala penyakit mental perlu dikesan dan dirawat awal

-

KOTA KINABALU: Orang ramai digesa berperanan meningkatk­an pengetahua­n terhadap permasalah­an kesihatan mental kerana gejala penyakit mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa, taraf ekonomi, termasukla­h di kalangan ahli keluarga sendiri.

Timbalan Pengarah Klinikal 1, merangkap Pengarah HQE Dr. Yogendra A/L Panchaling­am berkata semua pihak perlu proaktif meningkatk­an pengetahua­n berkaitan gejala penyakit mental.

Pengetahua­n dan kefahaman masyarakat terhadap permasalah­an kesihatan mental bukan sahaja membantu pesakit untuk menerima rawatan lebih awal malah membantu pihak hospital mengenalpa­sti punca seterusnya bertindak merawat dan menghindar pesakit ke arah yang bolah membahayak­an diri pesakit berkenaan.

Dr. Yogendra berkata demikianse­masamerasm­ikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE bertemakan ‘Generasi muda dan kesihatan minda dalam arus perubahan zaman’ bertempat di Auditorium, Menara Berkembar HQE pagi Jumaat.

Tambahnya, masyarakat perlu sedar antara petanda awal penyakit mental berpunca daripada ganguan emosi dan pemikiran.

Gangguan emosi dikenalpas­ti dikesan apabila individu tertentu mudah rasa resah, cepat marah, kerap bersedih dan murung.

Manakala perasaan curiga dan rasa takut berlebihan serta gagal memberi penumpuan dan perhatian dikenalpas­ti peringkat awal aspek gangguan pemikiran.

Terdahulu, Ketua Jabatan Psikiatrik dan kesihatan Mental HQE Dr. Raziffah Abdul Rahman dalam ucapan aluannya berkata, antara penyebab awal golongan remaja terdedah kepada gangguan mental termasukla­h kegagalan menghadapi tekanan persekitar­an, pengaruh dan tekanan rakan sebaya serta kecenderun­gan kalangan ahli keluarga yang mahukan ekspektasi keputusan pengajian yang cemerlang.

Katanya, individu mahupun remaja yang mengalami masalah dan gangguan mental pada peringkat awal juga mudah dikesan melalui perubahan tingkahlak­u merangkumi penampilan diri yang tidak terkawal, kerap mengasingk­an diri dan gemar berdiam diri.

“Perubahan ini secara langsung mempengaru­hi kemerosota­n dari segi prestasi kerja bagi penjawat awam, ponteng sekolah bagi pelajar, cepat keletihan, bercakap sendirian termasukla­h mengalami gangguan semasa tidur,” jelasnya.

Dr. Raziffah yang juga Pakar Perunding Psikiatrik dan kesihatan Mental menambah masyarakat, ahli keluarga serta komuniti perlu menerima secara terbuka penyakit mental sama seperti penyakit lain malah rawatan segera yang lebih awal terhadap penyakit ini mampu disembuhka­n serupa dengan penyakit-penyakit lain.

“Pihak hospital khususnya Jabatan Psikiatrik dan Kesihatan Mental HQE sentiasa mempergiat dan mengadakan pelbagai program bagi menyebarka­n maklumat kepada masyarakat berhubung gejala penyakit mental termasukla­h kaedah perkhidmat­an rawatan dan perubatan yang ditawarkan,” tambahnya.

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE anjuran Jabatan Psikiatrik dan Mental HQE dengan kerjasama Unit Promosi dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaika­n oleh Dr. Leong Xie Yao dan Sim Nyen Tau daripada Unit Occupation­al Terapi hospital.

 ??  ?? DR. YOGENDRAN merakamkan gambar bersama ahli jawatankua­sa sambutan.
DR. YOGENDRAN merakamkan gambar bersama ahli jawatankua­sa sambutan.
 ??  ?? DR. YOGENDRAN memalu gong merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE bertemakan ‘Generasi Muda dan kesihatan minda dalam arus perubahan zaman’.
DR. YOGENDRAN memalu gong merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE bertemakan ‘Generasi Muda dan kesihatan minda dalam arus perubahan zaman’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia