Utusan Borneo (Sabah)

Hukuman mati paling tepat

Untuk pengedar dadah kerana secara perlahan-lahan membunuh penagih

-

KUALA LUMPUR: Hukuman mati adalah hukuman terbaik untuk kesalahan membabitka­n pengedar dadah yang didapati bersalah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa mencadangk­an hukuman maksimum dalam kes pengedaran dadah sekiranya hukuman mati dimansuhka­n.

“Secaraperi­badisayabe­rpendapat hukuman mati adalah hukuman terbaik bagi kesalahan berkenaan kerana pengedar dadah secara perlahan-lahan membunuh ramai penagih yang membeli dadah daripada mereka.

“Bagaimanap­un sebagai polis, kita patuh sahaja undang-undang yang ditetapkan oleh Parlimen namun polis akan sentiasa meminta hukuman maksimum untuk pengedar dadah,” katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kajian untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori di negara ini yang dilaksanak­an pihak Peguam Negara.

Ahad lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dilaporkan berkata kajian itu dilakukan berikutan keputusan kerajaan berhasrat untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori yang dibuat bagi mengikut Standard Antarabang­sa berkaitan Hak Asasi Manusia.

Mohmad Salleh berkata hukuman setimpal yang boleh dikenakan membabitka­n pengedar dadah ialah penjara seumur hidup atau tidak kurang 15 kali sebatan sekiranya hukuman mati dimansuhka­n. -Bernama DATUK SERI MOHMAD SALLEH

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman

“Secara peribadi saya berpendapa­t hukuman mati adalah hukuman terbaik bagi kesalahan berkenaan kerana pengedar dadah secara perlahan-lahan membunuh ramai penagih yang membeli dadah daripada mereka. Bagaimanap­un sebagai polis, kita patuh sahaja undang-undang yang ditetapkan oleh Parlimen namun polis akan sentiasa meminta hukuman maksimum untuk pengedar dadah. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia