Utusan Borneo (Sabah)

15 lemas bot terlalu penuh karam di barat laut DR Congo

-

MBANDAKA: Sekurangku­rangnya 15 orang lemas apabila sebuah bot sungai usang dan terlalu penuh karam di barat laut Republik Demokratik (DR) Congo, dalam nahas kapal terbaharu yang melanda negara Amerika Tengah yang luas ini, kata sumber tempatan kelmarin.

Angka kematian mungkin akan menjadi lebih tinggi, dengan laporan yang berlainan mengenai berapa ramai orang yang berada di dalam bot, yang sedang berlayar dari Republik Afrika Tengah sebelum karam di Sungai Ubangi pada malam Sabtu lepas.

“Lima belas pengundi saya telah lemas dalam kemalangan bot tersebut,” Gbodi Kete, seorang pegawai bagi wilayah Bosobolo di wilayah Ubangi Utara di DR Congo, memberitah­u AFP.

Bagaimanap­unKeteberk­ata terdapat juga beberapa mangsa lain dari Republik Afrika Tengah.

Seorang pegawai dari pasukan tentera laut DR Congo mendakwa 26 orang lemas, namun menambah ia sukar untuk menentukan jumlah sebenar yang berada di dalam bot kerana maklumat bagi bot itu tidak ditemui.

Stesen radio Liberte di Gbadolite, bandar utama Ubangi Utara, melaporkan seramai 42 orang maut atau hilang.

“Kejadian karam adalah berpunca daripada keadaan bot yang teruk, yang pecah selepas melanggar sebiji batu besar,” seorang saksi memberitah­u Liberte.

Kemalangan perkapalan adalah biasa di DR Congo, menyebabka­n banyak kematian di tasik dan sungai di negara ini disebabkan oleh keadaan terlalu penuh di dalam kapal lama dan tidak diselengga­rakan, kekurangan jaket keselamata­n serta hakikat bahawa ramai orang yang tidak tahu berenang.

Pada September, 27 orang maut selepas sebuah bot yang terlalu penuh karam di sungai utara Mongala.

Serta pada Mei, 50 orang maut dalam kemalangan yang sama di sebatang sungai lain di bahagian barat laut negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia