Utusan Borneo (Sabah)

Presiden E.Guinea ampun 81 banduan

-

MALABO: Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Obiang Nguema, telah mengampuni 81 banduan, termasuk 30 musuh politik yang dipenjara kerana kesalahan hasutan, menurut satu dekri yang dilihat oleh AFP kelmarin.

“Kami memberi pengampuna­n kepada orang yang dihukum, atau menjalani hukuman bagi kesalahan ke atas kerajaan, ke atas ketenteram­an awam atau ke atas pihak berkuasa yang diiktiraf,” kata dekri presiden itu Rabu lepas.

Mereka yang tersenarai, termasuk 30 penentang yang dihukum penjara lebih 30 tahun, masih berada dalam penjara kelmarin.

Di antaranya adalah Jesus Mitogo, satu-satunya ahli parlimen dari parti pembangkan­g Warga Negara Untuk Inovasi (CI) yang dibubarkan pada Februari lepas.

Mitogo disabit kesalahan pada bulan itu, bersama rakan militan CI lain, kerana “hasutan, pergolakan awam, sera-ngan ke atas pihak berkuasa dan kecederaan yang serius”, ekoran pertelingk­ahan se-waktu pilihan raya parlimen pada November lalu.

“Belum ada banduan dibebaskan,” kata ketua CI Gabriel Nse Obiang kepada AFP.

Dia menyuaraka­n kebimbanga­n bahawa presiden itu tidak akan menunaikan janjinya pada Julai lalu me-ngenai “pengampuna­n am sepenuhnya” kepada semua tahanan politik.

Parti CI menganggap penahanan anggota militannya sebagai menyalahi undangunda­ng dan mendakwa mereka telah dilayan dengan buruk dan diseksa.

Dua penentang rejim, Evaristo Oyaga Sima dan Juan Obama Edu, mati di dalam penjara pada tahun ini selepas diseksa, kata CI, satu dakwaan yang dinafikan oleh kerajaan.

Presiden Nguema, yang sudah memerintah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak itu dengan kuku besi sejak 1979, mengeluark­an pengampuna­n sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaa­n negaranya daripada bekas penjajah, Sepanyol.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia