Utusan Borneo (Sabah)

Operasi menyelamat mangsa Michael dilancar

Selepas ribut kuat kategori 4 itu menyebabka­n kemusnahan besar di Panhandle Florida, ragut enam jiwa

-

BANDAR PANAMA: Beberapa pasukan pencari dan penyelamat menggeleda­h di seluruh komuniti Amerika Syarikat (AS) yang musnah kelmarin untuk mencari mangsa kepada Taufan Michael, sejenis ribut kuat kategori 4 yang menyebabka­n kawasan kemusnahan yang luas di Panhandle Florida, mengorbank­an sekurangku­rangnya enam orang di tiga kawasan.

Di Pantai Mexico, sebuah pekan tepi pantai di mana ribut taufan melanda, beberapa rumah roboh akibat dilanda ribut, beberapa bot terhumban ke darat dan jalan raya dicemari dengan pokok dan tiang elektrik yang tumbang.

Gabenor Florida Rick Scott berkata ribut itu menyebabka­n “kemusnahan yang tidak dapat dipercayai” dan ke-utamaan buat masa sekarang adalah mencari mangsa yang masih hidup di kalangan penduduk yang gagal untuk mengikut arahan agar berpindah.

“Saya berasa sangat bimbang mengenai penduduk kami yang tidak berpindah dan saya hanya berharap bahawa, seperti yang anda tahu, kita tidak mempunyai banyak kehilangan nyawa,” Scott memberitah­u ABC.

Tentera AS berkata lebih 2,000 anggota tentera Pengawal Negara Florida bekerja dalam operasi pencarian.

Terdapat enam kematian berkaitan dengan ribut yang sudah disahkan setakat ini – empat di Gadsden County di Florida, satu di Georgia dan satu lagi di Carolina Utara.

Presiden Donald Trump telah berjanji akan membantu mangsa ribut.

“Hati kami adalah bersama dengan ribuan orang yang mengalami kemusnahan harta benda, dalam kebanyakan kes telah musnah sepenuhnya,” kata Trump.

“Kami tidak akan berehat atau tenang sehingga tugas dilaksanak­an dan pemulihan selesai dilakukan.”

Para pegawai di Florida berkata lebih 400,000 rumah dan perniagaan mengalami ketiadaan bekalan elektrik di Florida dan Gabenor Scott menyatakan hampir 20,000 pekerja utiliti telah dikerahkan untuk mengembali­kan bekalan elektrik.

Michael melanda pada tengah hari Rabu lepas sebagai ribut Kategori 4, yang paling kuat melanda bahagian barat laut Panhandle di Florida dalam tempoh lebih satu abad.

Michael kemudian reda menjadi ribut tropika ketika ia bergerak melalui Carolina, yang sedang pulih daripada Taufan Florence pada bulan lepas.

Pantai Mexico, di mana taufan telah sampai ke arah pantai, mengalami kemusnahan besar akibat angin sekuat 155 batu sejam dan serangan ombak setinggi beberapa kaki.

 ??  ?? ANGGOTA pencari dan penyelamat melintasi runtuhan puing yang ditinggalk­an oleh Taufan Michael Pantai Mexico, Florida kelmarin. — Gambar Reuters di
ANGGOTA pencari dan penyelamat melintasi runtuhan puing yang ditinggalk­an oleh Taufan Michael Pantai Mexico, Florida kelmarin. — Gambar Reuters di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia