Utusan Borneo (Sabah)

Lee buat rayuan terhadap hukuman penjara 15 tahun

Selepas mahkamah minggu lepas mendapati bekas presiden Korea Selatan itu bersalah untuk rasuah, penggelapa­n wang

-

SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan Lee Myungbak akan merayu terhadap keputusan mahkamah yang pada minggu lepas menjatuhka­n hukuman penjara selama 15 tahun terhadapny­auntukkesa­lahan rasuah, menurut peguamnya semalam.

Lee telah didapati bersalah untuk kesalahan rasuah dan penggelepa­n wang – menjadi orang yang terbaharu di kalangan bekas pemimpin negara yang dipenjarak­an selepas melepaskan jawatannya.

Ahli politik konservati­f tersebut, yang mengetuai Hyundai Constructi­on sebelum pelantikan­nya sebagai presiden, telah diarahkan secara berasingan agar membayar denda sebanyak 13 bilion won oleh Mahkamah Daerah Seoul Tengah.

Mahkamah mendapati bahawa Lee, 76, merupakan pemilik de-facto bagi DAS – sebuah syarikat alat ganti auto yang kontrovers­i yang dia dakwa sebagai dimiliki oleh saudara lelakinya – yang dia telah gunakan untuk membentuk dana aliran bernilai kira-kira 24 bilion won.

Lee turut didapati bersalah kerana menerima hampir enam bilion won daripada Samsung Electronic­s sebagai balasan untuk satu pengampuna­n presiden kepada pengerusin­ya, yang telah menerima hukuman penjara ditangguhk­an bagi kesalahan pengelakan cukai.

“Lee telah memutuskan untuk merayu terhadap semua pensabitan yang diumumkan dalam pusingan pertama perbicaraa­n,” peguam Lee, Kang Hoon memberitah­u agensi berita Yonhap semalam.

Presiden Korea Selatan mempunyai kecenderun­gan akan akhirnya dipenjarak­an selepas tempoh perkhidmat­an mereka, selalunya sebaik sahaja lawan politik mereka telah berpindah masuk ke Rumah Biru presiden.

Kesemua empat presiden Korea Selatan yang masih hidup telah disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Pengganti Lee, Park Geunhye, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun dan didenda sebanyak berjuta-juta dolar untuk ke-salahan rasuah dan salah guna kuasa.

Park digulingka­n pada tahun lepas semasa satu skandal rasuah di seluruh negara yang mencetuska­n bantahan jalanan besar-besaran.

 ??  ??
 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia