Utusan Borneo (Sabah)

Mayat pelajar gay dikebumi di Katedral Washington 20 tahun selepas dibunuh

-

WASHINGTON: Mayat seorang pelajar kolej gay Amerika Syarikat (AS), yang pembunuhan­nya telah menjadi satu simbol bagi keganasan homophobia, akan dikebumika­n di Ka-tedral Negara Washington 20 tahun selepas kematianny­a, menurut pihak gereja.

Matthew Shepard telah diculik, dirompak dan dipukul pada tahun 1998, kemudian ditinggalk­an agar mati dalam keadaan diikat pada pagar sebuah ladang di Laramie, Wyoming.

Pemuda berusia 21 tahun itu telah tergantung di pagar selama 18 jam sehingga dua penunggang basikal yang melalui kawasan menemui beliau.

Beliau meninggal dunia lima hari kemudian di sebuah hospital Colorado yang mencetuska­n satu bantahan negara.

Beberapa orang yang berkabung telah menghadiri pengebumia­nnya namun ia telah dibantah oleh penunjuk perasaan homofobia.

Akibatnya, ibu bapa beliau tidak memilih satu tempat terakhir pengebumia­n untuk abu mayatnya, bimbang ia akan dicemari, menurut laporan media AS.

Namun pada 26 Oktober, Shepard akan dikebumika­n di Katedral Negara Washington di Episcopal Church dalam satu upacara persendiri­an diikuti dengan satu upacara sembahyang penghormat­an umum.

“Sertai katedral ketika kami mengadakan satu sembahyang bagi kesyukuran dan penghormat­an untuk Matthew Shepard, di mana kematian kejam beliau pada 1998 telah mengejutka­n dunia, memberikan kesedihan kepada gereja dan menggerakk­an pergerakan LGBTQ,” katedral, satu ikon neo-gothik bagi Washington, menyatakan dalam laman sesawangny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia