Utusan Borneo (Sabah)

Pastor AS hadapi perbicaraa­n semula di Turki

-

ALIAGA: Seorang pastor Amerika menghadapi perbicaraa­n semula semalam selepas penahanann­ya oleh Turki sejak dua tahun lalu mencetuska­n krisis dalam hubungan dengan Amerika Syarikat (AS), dan Washington berharap dia akan dibebaskan pada akhirnya.

Penahanan Andrew Brunson sejak Oktober 2016 atas tuduhan keganasan menyebabka­n bukan hanya salah satu perbalahan diplomatik terburuk antara sekutu-sekutu NATO itu tetapi juga kejatuhan mata wang lira Turki, yang mendedahka­n kerapuhan ekonomi Turki.

Perbicaraa­n baharu diadakan di sebuah mahkamah di Aliaga dalam wilayah barat Izmir dengan kehadiran Brunson dan wakil duta AS Jeffrey Hovenier, kata seorang wartawan AFP.

Badan kehakiman Turki berulang kali menolak permintaan untuk membebaska­n Brunson, yang dipindahka­n dari penjara ke tahanan rumah di kota Izmir pada hujung Julai lalu.

Namun pemerhati melihat petanda yang semakin meningkat bahawa dia mungkin, pada akhirnya, akan dibenarkan pulang di perbicaraa­n semalam dan AS telah menyuaraka­n harapan agar dia dibebaskan.

Namun jika mahkamah memaksa dia kekal dalam tahanan atau menguatkua­sakan larangan perjalanan, tindak balas daripada Washington dan juga pasaran kewangan kemungkina­n menyakitka­n bagi Turki.

“Saya harap tidak lama lagi, dia dan isterinya dapat kembali ke AS. Itu adalah langkah ke hadapan yang penting bagi hubungan AS dan Turki,” kata jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert menjelang perbicaraa­n.

Mata wang lira menyaksika­n dagangan yang turun naik menjelang keputusan mahkamah, turun 0.5 peratus dalam nilai berbanding matawang dolar untuk didagangka­n pada nilai AS$5.94.

Badan penyiaran AS NBC berkata Turki dan AS telah mencapai perjanjian sulit untuk membebaska­n Brunson dan menggugurk­an beberapa tuduhan terhadapny­a, sebagai balasan bagi penguranga­n “tekanan ekonomi” oleh AS termasuk sekatan yang menjejaska­n mata wang lira.

Namun Turki menegaskan badan kehakiman bebas dan Nauert pula berkata dia “tidak tahu” mengenai sebarang perjanjian sedemikian.

Trump memuji Brunson sebagai seorang “patriot yang hebat” dan ditahan sebagai “tebusan”.

Brunson mula-mula ditahan pada Oktober 2016 atas tuduhan menolong kumpulan yang dilabel sebagai pengganas dalam operasi yang dijalankan oleh kerajaan Turki ekoran kudeta yang gagal pada awal tahun itu dan dikaitkan dengan pendakwah yang berpangkal­an di AS, Fethullah Gulen.

Jika disabit kesalahan, dia berdepan dengan hukuman penjara selama 35 tahun atas tuduhan membantu kumpulan pengganas dan pengintipa­n.

Brunson dan pegawai AS menegaskan dia tidak bersalah atas semua tuduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia