Utusan Borneo (Sabah)

Bantu golongan memerlukan

Saranan Jamawi kepada semua GLC, swasta di negeri ini

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KEMABONG : Semua pihak terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negeri ini disaran membantu golongan kurang berkemampu­an bagi membaikpul­ihataumemb­ina baharu rumah usang demi memberi kehidupan yang lebih selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, walaupun kerajaan mempunyai bantuan dan program tertentu untuk golongan tersebut namun ianya belum mencukupi kerana jumlah kumpulan terbabit agak ramai.

“Melalui sumbangan sektor korporat termasuk GLC ini, ia akan mempercepa­tkan penyediaan rumah kepada golonganas­nafdanmisk­inini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan ziarah ke berapa buah kampung di kawasan Kemabong.

Antara kampung yang dilawat ialah Kg. Korolok, Kg. Ahuron dan Kg. Mamaitom.

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) dilihat sangat membantu rakyat dari aspek tersebut memandangk­an mereka sebelum ini banyak menyumbang usaha berkenaan.

Ketika ditanya mengenai

“Hari ini saya sendiri turun padang melihat sendiri keadaan yang berlaku dan memang agak menyedihka­n. Menerusi lawatan ini saya akan berusaha mencari jalan bagaimana untuk membantu golongan ini bagi memberi ” mereka kehidupan yang lebih selesa JAMAWI JAAFAR

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong

keperluan bantuan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan DUN Kemabong Jamawi memberitah­u, masih ramai golongan terbabit masih memerlukan bantuan berkenaan.

Beliau berharap kerajaan akan meneruskan programpro­gram bantuan perumahan ini demi menjamin kesejahter­aan golongan terbabit.

“Hari ini saya sendiri turun padang melihat sendiri keadaan yang berlaku dan memang agak menyedihka­n.

“Menerusi lawatan ini saya akan berusaha mencari jalan bagaimana untuk membantu golongan ini bagi memberi

mereka kehidupan yang lebih selesa,” katanya.

Sehubungan dengan itu Jamawi turut mengingatk­an agar pemimpin akar umbi seperti pemaju masyarakat, ketua kampung dan pengerusi JKKK supaya memberikan laporan yang tepat dan telus agar tidak ada golongan yang tercicir menerima bantuan.

Tambah Jamawi permohonan kepada kerajaan khususnya Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanak­an projek di bawah program PPRT ini telah pun dikemukan dan berharap mendapat pertimbang­an sewajarnya dari kerajaan demi kepentinga­n rakyat.

 ??  ?? JAMAWI berbual dengan Yapoi Atuk sempena kunjungann­ya ke Kg. Mamaitom Kemabong.
JAMAWI berbual dengan Yapoi Atuk sempena kunjungann­ya ke Kg. Mamaitom Kemabong.
 ??  ?? JAMAWI bertanya sesuatu ketika berkunjung ke salah sebuah rumah di Kg. Kolorok Kemabong.
JAMAWI bertanya sesuatu ketika berkunjung ke salah sebuah rumah di Kg. Kolorok Kemabong.
 ??  ?? SALAH sebuah rumah yang wajar dibantu.
SALAH sebuah rumah yang wajar dibantu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia