Utusan Borneo (Sabah)

Kursi pengajian Bahasa Melayu di luar negara perlu diberi nafas baharu

-

KUALA LUMPUR: Kursi pengajian Bahasa Melayu di luar negara perlu diberikan nafas baharu, khususnya bagi menarik lebih banyak pengajian peringkat prasiswaza­h mahupun pascasiswa­zah di institusi luar negara.

Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Jerman, Mukundan Madavan berkata Bahasa Melayu hendaklah terus digunakan dan bersaing di persada antarabang­sa meskipun terdapat pelbagai kekangan serta cabaran hebat, khususnya di era pensejagat­an dunia kini.

“Seiring itu juga, kegiatan penterjema­han dalam pelbagai ranah keilmuan perlu disemarakk­an bagi menarik minat mereka yang ingin menguasai Bahasa Melayu,” katanya semasa merasmikan kempen ‘Dekad Bahasa Kebangsaan, Semarak Tekad di Benua Eropah’ di Pavilion Malaysia sempena Pesta Buku Antarabang­sa Frankfurt, Jerman 2018, yang berlangsun­g pada 10 hingga 14 Okt.

Mukundan berkata Bahasa Melayu, yang berperanan sebagai bahasa pemersatu dan pembina identiti rakyat Malaysia, memerlukan pelaksanaa­n cara baharu dan agresif bagi merealisas­ikan matlamat menjadikan Bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa ilmu di peringkat dunia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abdul Adzis Abas dalam ucapannya menyatakan persediaan DBP melaksanak­an Kempen Dekad Bahasa Kebangsaan itu, khususnya apabila Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Kota Buku Dunia (WBC) pada 2020, KL Baca – Caring Through Reading, Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia