Utusan Borneo (Sabah)

SAMAS sasar 47-50 emas MIOMAC

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Olahraga Masters Negeri Sabah (SAMAS) bertekad meneruskan dominasiny­a pada edisi ke-32 Kejohanan Olahraga Masters Antarabang­sa Terbuka Malaysia (MIOMAC) 2018.

Presidenny­a Aliudin Jumaat berkata, kontinjen SAMAS dengan kekuatan 52 atlet mensasarka­n 47-50 pingat emas pada kejohanan yang akan berlangsun­g di Stadium Arena Universiti Malaysia, Kuala Lumpur selama dua hari bermula hari ini hingga esok (13-14 Oktober).

Katanya, kejohanan yang didominasi SAMAS buat kali ke-17 di Sarawak tahun lalu itu mampu diteruskan berdasarka­n prestasi terkini atlet termasuk menyumbang­kan 21 pingat emas buat Malaysia pada Sukan Masters Asia Pasifik (APMG) 2018 di Pulau Pinang pada 7-15 September lalu.

Di Sarawak, SAMAS yang diwakili 80 atlet (50 lelaki dan 30 wanita) melepasi sasaran 60 pingat emas dengan merangkul 61 emas di samping 26 perak dan 24 gangsa.

“Sasaran kali ini lebih rendah berbanding 2017 kerana jumlah peserta kurang termasuk ketiadaan beberapa penyumbang pingat emas tahun lalu seperti Alfred Lajawa, Tay Yu Eng, Narul Andau dan beberapa orang lagi.

“Bagaimanap­un saya yakin, SAMAS masih boleh meneruskan penguasaan kerana masih ramai yang boleh disandarka­n emas,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Aliudin yang juga bekas jaguh lompat bergalah negara, Juliana Gumpil, Gilbert Divancy, Julius Komuning, Christina Labanjing, Lucy Yong dan Erine Sinuel adalah antara sandaran emas di mana mereka menyumbang­kan lebih satu pingat emas pada kejohanan sama tahun lalu.

“Kami berterima kasih kepada Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah terutamany­a kepada menterinya Datuk Frankie Poon Ming Fung, Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah dan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) atas sokongan berterusan terhadap semua aktiviti SAMAS.

“Kami berjanji membalas sokongan ini dengan melakukan yang terbaik untuk mengharumk­an nama Sabah dan Malaysia,” kata Aliudin.

Kontinjen SAMAS dijadualka­n berangkat ke ibu negara pada Jumaat.

 ??  ?? PENGARAH MSN Sabah, Terrance Edward Pudin (lima dari kiri) menyerahka­n bendera Sabah kepada Pengurus Pasukan David William di KBS Sabah di Wisma Muis Kota Kinabalu. Turut berama adalah Aliudin (tengah) dan sebahagian daripada anggota kontinjen SAMAS.
PENGARAH MSN Sabah, Terrance Edward Pudin (lima dari kiri) menyerahka­n bendera Sabah kepada Pengurus Pasukan David William di KBS Sabah di Wisma Muis Kota Kinabalu. Turut berama adalah Aliudin (tengah) dan sebahagian daripada anggota kontinjen SAMAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia