Utusan Borneo (Sabah)

SK Pamol juara bola baling

Wakil Beluran ke Kejohanan Pedalaman Peringkat Negeri 2018 di Ranau

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan (SK) Pamol muncul juara Kejohanan Bola Baling Sukan Sekolah Pedalaman (SSP) peringkat daerah Beluran, di Gelanggang Harmoni, Pamol IOI Beluran, di sini, baru-baru ini.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Unit Sukan dan Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran dan dikelolaka­n oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Sabapalm, Beluran.

SK Pamol menjuarai kejohanan itu dengan mengutip 12 mata, meletakkan pasukan SK Perancanga­n untuk meraih naib johan (7 mata), manakala tempat ketiga dimenangi pasukan SK Sungai-sungai (6 mata), Beluran.

Tempat ke-4 dan ke-5 ialah pasukan SK Ladang Sabapalm dan SK Lidong pada kejohanan itu yang dipertandi­ngkan secara liga dalam satu kumpulan.

Penyelia Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Malik Tajim berkata hanya lima pasukan menyertai kejohanan itu yang terdiri daripada sekolah pedalaman 1, 2 dan 3 (P1, P2 dan P3) menyertai kejohanan itu.

Katanya, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat dan potensi para murid perempuan dalam sukan bola baling untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi, sekali gus memilih pasukan sekolah untuk mewakili daerah Beluran ke Kejohanan Bola Baling Sukan Sekolah Pedalaman Peringkat Negeri Sabah 2018 yang akan diadakan di Ranau pada 15 Oktober ini.

Beliau berkata Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman merupakan acara tahunan di peringkat daerah dan negeri Sabah, khasnya untuk sekolah-sekolah yang terletak di kawasan pedalaman atau luar bandar, namun ia tidak dipertandi­ngkan di peringkat kebangsaan.

Menurutnya, Sukan Sekolah Pedalaman tahun ini hanya mempertand­ingkan dua acara sukan iaitu futsal (bola sepak 5 sebelah) untuk murid lelaki dan bola baling untuk murid perempuan.

Malik menjelaska­n, selain mencungkil bakat dan potensi murid-murid di sekolah pedalaman, kejohanan itu juga bertujuan memberi peluang kepada murid atau sekolah-sekolah yang jauh terpencil di pedalaman untuk menampilka­n ‘keunggulan’ mereka dalam sukan tersebut yang dipertandi­ngkan berasaskan pasukan sekolah masing-masing.

Majlis penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh wakil Guru Besar SK Ladang Sabapalm, Abd Rahim Mohd Noor yang juga Penolong Kanan Kokurikulu­m bagi mewakili Unit Sukan dan Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Beluran.

Sebanyak 24 pasukan bakal berentap pada Kejohanan Bola Baling sempena Sukan Sekolah Pedalaman Peringkat Negeri Sabah 2018 di Ranau yang mewakili 24 daerah (PPD) seluruh Sabah.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Pamol, Gabriel Sundang dan Penolong Kanan Kokurikulu­m (PKK) SK Pamol, Daus Sultan dan PKK SK Basai Baru, Thomas Lasa.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN SK Pamol bergambar kenangan bersama Daus Sultan (kiri), pengurus dan jurulatih pasukan selepas menjuarai Kejohanan Bola Baling Sukan Sekolah Pedalaman peringkat daerah Beluran 2018.
PASUKAN SK Pamol bergambar kenangan bersama Daus Sultan (kiri), pengurus dan jurulatih pasukan selepas menjuarai Kejohanan Bola Baling Sukan Sekolah Pedalaman peringkat daerah Beluran 2018.
 ??  ?? (Kanan) ABD RAHIM diiringi Daus Sultan (kiri) menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan SK Perancanga­n yang meraih naib juara kejohanan itu.
(Kanan) ABD RAHIM diiringi Daus Sultan (kiri) menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan SK Perancanga­n yang meraih naib juara kejohanan itu.
 ??  ?? SALAH satu aksi perlawanan bola baling antara SK Pamol dan SK Perancanga­n.
SALAH satu aksi perlawanan bola baling antara SK Pamol dan SK Perancanga­n.
 ??  ?? (Kiri) ABD RAHIM menyampaik­an hadiah (johan) kepada ketua pasukan SK Pamol.
(Kiri) ABD RAHIM menyampaik­an hadiah (johan) kepada ketua pasukan SK Pamol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia