Utusan Borneo (Sabah)

Semangat Chong Wei belum lagi luntur

-

KUALA LUMPUR: Semangat jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei (gambar) masih belum luntur untuk segera kembali menyertai kem latihan meskipun kini masih dalam tempoh berehat selepas selesai menjalani rawatan kanser hidung tahap pertama.

Gambaran itu diberikan menerusi perbualann­ya dengan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang melawatnya pada Jumaat, dan dimuat naik dalam laman sosial Instagram, @khairykj.

Menerusi posting terkini itu juga, Khairy memuji semangat serta respons positif bekas pemain nombor satu dunia itu.

“Melawat sijuara hari ini. Beliau baharu balik dari rawatan kanser selama enam minggu di Taiwan. Saya tanya sama ada beliau akan terus bermain. Tidak sabar untuk kembali ke gelanggang, kata Chong Wei. Gembira berjumpa @leechongwe­iofficial dalam keadaan baik dan bersemanga­t,” kata Khairy dalam akaun instagram @ khairykj pada Jumaat.

Khairy berkata pada pertemuan itu, Chong Wei kelihatan sihat dan ceria walaupun susut sebanyak lima kilogram selepas menjalani rawatan lebih enam minggu di Taiwan.

“Prognosis (kesihatan Chong Wei) adalah baik. Perlu mengukuhka­n sistem imun beliau. Malaysia mendoakan beliau supaya cepat sembuh sepenuhnya,” kata beliau.

Pada Khamis, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Chong Wei tidak akan melakukan sidang media dalam masa terdekat kerana pemain itu perlu berehat dan menguatkan sistem imun badannya sebelum boleh berjumpa orang ramai.

Berikutan masalah kesihatann­ya itu, Chong Wei tidak beraksi di Sukan Asia di Indonesia dan Kejohanan Dunia pada Ogos lepas. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia