Utusan Borneo (Sabah)

Pelumba pelapis negara berpotensi beasr

-

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasn­i Awang berpendapa­t Malaysia mempunyai barisan pelumba pelapis yang berpotensi besar mengharumk­an nama Malaysia di persada dunia pada masa akan datang.

Namun, juara dunia keirin 2017 itu mengakui hasrat melihat pelumba muda negara menyinar mungkin sedikit terbantut lantaran kurangnya pendedahan pada kejohanan dalam negara yang sepatutnya menjadi platform perkembang­an bakat.

Menurut atlet yang diberi jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu, pelumba pelapis negara mempunyai pakej fizikal seorang pelumba berstatus dunia tidak seperti dirinya yang bertubuh kecil, dan kelebihan dimiliki mereka itu tidak seharusnya disiasiaka­n.

“Potensi mereka (pelumba pelapis) besar dan dari segi taktikal serta corak kayuhan, saya nampak mereka ada keupayaan pergi lebih jauh. Mereka juga memiliki saiz yang baik tidak seperti saya. Bagaimanap­un saya tetap boleh pergi jauh. Kalau saya boleh, kenapa mereka yang lebih berkelebih­an tidak boleh.

“Cuma di Malaysia kita kekurangan perlumbaan yang mampu memberi pendedahan meluas untuk membantu meningkatk­an prestasi mereka. Program pelapis kita juga tidak begitu rancak,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Trek GP Asia Tenggara 2018 yang berakhir pada Khamis.

Pada kejohanan berlangsun­g di Velodrom Nasional di Nilai itu, pelumba pelapis negara berjaya menampilka­n keputusan positif apabila mendominas­i dua acara utama melibatkan kategori lelaki junior - pecut dan keirin.

Dua pelumba muda negara, Amar Danial Masri dan Alif Aiman Safuan mengunggul­i acara pecut dengan merangkul emas serta perak, sementara dalam acara keirin, pingat emas dan perak menjadi milik Taib Azamuddeen Mohd Shukri dan Amar Danial.

Dalam pada itu, seorang lagi pelumba pelapis Zulhelmi Zainal yang berganding­an bersama Ariff Daniel Noor Roseidi, Muhd Hakimi Nor dan Muhammad Shafiq Mohd turut menuai emas dalam acara kejar-mengejar berpasukan kategori elit.

“Saya lihat ada peningkata­n dan berharap mereka akan terus diberikan peluang memperagak­an aksi cemerlang pada Kejohanan Asia 2019, Januari depan,” kata Mohd Azizulhasn­i. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia