Utusan Borneo (Sabah)

Murid prasekolah SK Lubok Temiang seronok lawat Taman Burung Labuan

-

SERAMAI 75 orang murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Burung Labuan.

Mereka diiringi beberapa orang guru iaitu Nurmi Anuar, Rosnah Rajak dan Samih Kukung serta pembantu pengurusan murid Norilah Tahir, Rosneza Osman dan Aminah Junir.

Ketua rombongan, Samih Kukung berkata program lawatan sambil belajar tersebut adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada muridmurid prasekolah tentang hidupan lain terutama sekali mengenai burung.

Katanya, ianya juga adalah salah satu daripada tema dalam pembelajar­an murid di dalam bilik darjah.

Beliau berkata menerusi program tersebut memberikan pengalaman sebenar melihat sendiri burung di Taman Burung Labuan dan menambah pengetahua­n murid.

“Lawatan tersebut juga menyediaka­n beberapa aktiviti yang perlu disiapkan oleh murid sepanjang lawatan. Pengetahua­n yang diperolehi ini biasanya lebih kekal lama kerana murid menggunaka­n pelbagai deria untuk mendapatka­n maklumat,”katanya.

Tambah Samih, murid juga dapat meneroka sendiri pelbagai jenis bunyi burung dan memberikan pengalaman baru kepada murid dengan pelbagai jenis burung dan bunyi pelbagai jenis burung.

Program lawatan ini juga menerapkan nilainilai murni kepada murid iaitu mematuhi peraturan, menepati masa, bekerjasam­a dan sebagainya.

Lawatan ini sekaligus memberi semangat kepada murid untuk belajar kerana pengajaran dan pembelajar­an biasanya di dalam bilik darjah.

Sekali sekala pembelajar­an di luar bilik darjah ini memberikan semangat kepada murid untuk belajar dan lebih fokus.

Samih berharap lawatan ini agar memberikan sedikit pengalaman kepada semua murid prasekolah tentang pengajaran di luar bilik darjah.

 ??  ?? MURID-murid dan guru prasekolah SK Lubok Temiang bergambar kenangan di Taman Burng Labuan.
MURID-murid dan guru prasekolah SK Lubok Temiang bergambar kenangan di Taman Burng Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia