Utusan Borneo (Sabah)

Menggapai kecemerlan­gan

Pemerkasaa­n PPDa di sekolah memerlukan sokongan semua pihak

-

PEMBANTU Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah Jennifer Lasimbang hadir bagi menyempurn­akan Majlis Perasmian Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Karnival PPDa di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Contoh, Petagas pada Jumaat.

Beliau tiba seawal 8.00 pagi disambut Guru Besar Pg Dahlan Pg Ibrahim, wakil PPD Penampang selaku pegawai UBK PPD Penampang Mardianah Ibno, YDP PIBG Khairil Fitri Abdul Karim, Pengerusi MGB Daerah Penampang Kasbullah Mangun, Pegawai Perhubunga­n Sekolah Sarjan Kamarulsha­m Kupun serta guru besar sekitar daerah Penampang dam penolongpe­nolong kanan, ibu bapa dan warga sekolah.

Majlis dimulakan dengan lawatan ke Laluan PPDa SK Kg Contoh yang terpilih ke peringkat akhir pemilihan Pertanding­an Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat kebangsaan selepas berjaya tersenarai dalam lima laluan PPDa terbaik sekolah rendah.

Jennifer melaksanak­an gimik pelancaran penuh simbolik dan berkesempa­tan mencuba aktiviti menarik disediakan sepanjang Laluan PPDa seperti permainan interaktif dan bubble art.

Sahabat PPDa yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3 hingga 6 SK Kg Contoh menjadi moderator di setiap stesen Laluan PPDa.

Dalam pada itu, Pg Dahlan Pg Ibrahim berkata Program PPDa sekolah bermula hanya sebagai sudut PPDa pada tahun 2015 dan diubah kepada laluan pada tahun 2017.

Laluan PPDa ini telah berjaya menjadi johan di peringkat negeri tahun lalu, dan mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Selain PPDa, pada tahun 2018 ini SK Kg Contoh telah mencatat rekod ke peringkat Kebangsaan dalam Pertanding­an Kempen Baik Hati, Kalam Syabi’ (Dikir barat bahasa Arab) dan Robotik.

Baru-baru ini juga, sekolah terpilih dalam 10 finalis Pertanding­an Activ Jam KPM Milo daripada 130 penyertaan seluruh Malaysia.

Ini membuktika­n betapa pihak sekolah komited dalam menyediaka­n peluang kepada pembelajar­an terbuka di kalangan murid-murid.

Namun menurut beliau, kejayaan yang dikecapi ini memerlukan sokongan dana daripada pelbagai pihak.

Oleh itu, beliau berharap lebih banyak agensi dan pihak swasta dapat berkolabor­asi dengan pihak sekolah bagi memantapka­n lagi pelaksanaa­n program sedemikian dengan menyalurka­n sumbangan melalui Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Ini akan membantu sekolah menyediaka­n bahan pembelajar­an dan aktiviti berkualiti dalam memacu kemenjadia­n murid.

Dahlan turut menyatakan visi PPDa ialah Sekolah Bebas Dadah dan Misi pelaksanaa­n PPDa di sekolah ialah melaksanak­an aktiviti PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulu­m dan pembanguna­n sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada dadah.

Visi dan misi ini perlu dihayati oleh warga sekolah.

Seterusnya, beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada semua warga sekolah, PIBG, ibubapa serta agensi luar yang membantu sekolah membangunk­an Laluan PPDa sehingga ke tahap membanggak­an.

Kehadiran Jennifer pada hari ini sangat bermakna kepada sekolah kerana ia menunjukka­n Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi negeri Sabah menyokong usaha sekolah.

Sementara itu, Jennifer dalam ucapan perasmiann­ya menyaranka­n agar agensiagen­si luar dapat memberi sokongan kepada sekolah dalam pelaksanaa­n program menarik seperti Laluan PPDa ini.

Katanya, penglibata­n komuniti setempat, agensi luar dan pihak swasta menjadi pemangkin berterusan kepada kecemerlan­gan sekolah, seterusnya memberi impak kepada penghasila­n tenaga kerja yang berkualiti pada masa depan.

Beliau turut memuji usaha sekolah dan mengucapka­n tahniah atas kejayaan membina Laluan PPDa seterusnya berjaya ke peringkat akhir kebangsaan.

Semasa beliau melawat Laluan PPDa sekolah, terbukti sekolah telah berjaya melahirkan murid yang berkeboleh­an secara profesiona­l menjadi Pegawai Perhubunga­n (PRO) Laluan PPDa.

“Usaha-usaha pembelajar­an di luar daripada kebiasaan ini amat dialu-alukan oleh kementeria­n.

Beliau berharap agar lebih banyak sekolah dapat memperkasa pelaksanaa­n program PPDa yang memberi impak terhadap kemenjadia­n murid yang holistik dan seimbang.

Tambah beliau, Laluan PPDa ini dapat menyediaka­n medium pembelajar­an aktif di luar kelas yang sangat bersesuaia­n dengan hasrat kementeria­n yang ingin para pelajar dapat diberikan pendedahan seawal mungkin dengan pendekatan pembelajar­an terbuka.

Selain diterapkan dengan nilai-nilai murni berkaitan kesedaran terhadap bahaya bahan terlarang, aktivitiak­tiviti yang disediakan di Laluan PPDa juga melatih kemahiran berkomunik­asi murid dan menggalakk­an keberanian dalam menonjolka­n bakat.

Ini akan membuka lebih ruang kepada generasi muda agar lebih kritis, kreatif dan inovatif dalam menghadapi kerancakan RI4.0 (Revolusi Industri ke empat).

“Namun dalam usaha membangunk­an pendidikan dengan pelbagai pendekatan berimpak tinggi seperti ini, usaha ini dilihat sia-sia sekiranya generasi muda terlibat dengan gejala dadah.

Katanya, gejala ini bukan sahaja memberi kesan yang dahsyat kepada individu terlibat, tetapi sebenarnya kerugian besar buat negara.

Statistik AADK menunjukka­n dalam tempoh lima tahun antara 2013 hingga 2017, berlaku peningkata­n sebanyak 104 peratus penagihan dadah yang dilaporkan di Sabah.

“Ini menunjukka­n betapa kritikalny­a isu ini yang memerlukan peranan berkesan daripada semua pihak,” tegasnya.

Beliau turut menekankan bahawa Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah, melibatkan lima gejala sosial DARIH iaitu Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV.

Jika dilaksanak­an secara sistematik dengan melibatkan komuniti setempat, pasti gejala ini dapat ditangani jauh lebih awal sebelum ia bermula.

“Justeru itu, cara terbaik adalah mencegah penglibata­n anak-anak sejak awal.

“Hal ini tidak semudah cakap dan nasihat, pelaksanaa­n pelbagai aktivti menarik seperti yang disediakan di Laluan PPDa, lebih besar impaknya.

“Diharap semua sekolah daerah Penampang dan Sabah amnya, dapat memperkasa­kan Program PPDa di sekolah masing-masing.

“SK Kg Contoh telahpun membuktika­n keberkesan­an Program PPDa di sekolah,” katanya.

 ??  ?? PERTANDING­AN melukis poster juga disertai oleh murid-murid dari SK St Joseph dan SK Buit Hill Penampang.
PERTANDING­AN melukis poster juga disertai oleh murid-murid dari SK St Joseph dan SK Buit Hill Penampang.
 ??  ?? SAHABAT PPDa Faiz Zakwan sedang menerangka­n aktiviti Heart Chain PPDa di Laluan Bahagia.
SAHABAT PPDa Faiz Zakwan sedang menerangka­n aktiviti Heart Chain PPDa di Laluan Bahagia.
 ??  ?? SAHABAT PPDa bertindak sebagai moderator menerangka­n konsep dan rasional pelaksanaa­n aktiviti Bubble Art dalam program PPDa.
SAHABAT PPDa bertindak sebagai moderator menerangka­n konsep dan rasional pelaksanaa­n aktiviti Bubble Art dalam program PPDa.
 ??  ?? PENGERUSI Sahabat PPDa Raynold Roland bersama Dahlan mengiringi Jennifer dalam lawatan Laluan PPDa.
PENGERUSI Sahabat PPDa Raynold Roland bersama Dahlan mengiringi Jennifer dalam lawatan Laluan PPDa.
 ??  ?? PENYERAHAN cendera kenangan kepada Jennifer disampaika­n oleh Dahlan.
PENYERAHAN cendera kenangan kepada Jennifer disampaika­n oleh Dahlan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia