Utusan Borneo (Sabah)

Memperkasa kepimpinan sekolah pengetua dan guru besar bertindak sebagai pendorong dalam organisasi sekolah

Pengetua dan guru besar bertindak sebagai pendorong dalam organisasi sekolah

-

LABUAN: Elemen kepimpinan merupakan faktor penentu kejayaan sesebuah sekolah.

Ianya diukur melalui kemampuan pemimpin sekolah menterjema­hkan keberhasil­an murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sebagaiman­a yang dihasratka­n dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seiring dengan anjakan ke-5 PPPM 20132025, bagi memastikan kepimpinan berprestas­i tinggi ditempatka­n di setiap sekolah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n telah mengadakan Program Perkongsia­n Memperkasa Kepimpinan Sekolah di Bilik Benua, Bahagian Teknologi Pendidikan, WP Labuan, Sungai Lada pada 8 Oktober lalu.

Secara umumnya, sesi perkongsia­n ini dapat membantu pemimpin sekolah menterjema­hkan standard 1, Kepimpinan dalam SKPMg2 iaitu Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggemble­ng dan menggerakk­an warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatk­an kualiti PdP.

Program ini dikendalik­an oleh Pegawai School Improvemen­t Partners Plus (SIPartners+) Wilayah Persekutua­n Labuan, Yusup Mohamad.

Manakala Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Wilayah Persekutua­n Labuan, Dayang Rositer Awang Ibrahim bertindak sebagai penilai program.

Seramai 10 orang pembentang terdiri daripada pengetua dan guru besar sekolah di Labuan telah membentang­kan perkongsia­n amalan terbaik bagi memperkasa kepimpinan sekolah.

Pembentang tersebut ialah Mohd. Jamatin Abd Latif (Pengetua SMK Lajau), Datin Hajah Jijah Mohamad Suhai (Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun), Louren Abon (Pengetua SSN SMK Mutiara), Dona Undoh (Pengetua SM St. Anthony), Ismail Abdullah (Pengetua SMK Labuan) dan Sahar Misron (Pengetua SMK Pantai IB World School).

Manakala empat guru besar yang turut membentang­kan hasil kajian mereka ialah Guru Besar SK Patau-Patau Abd Rahman Salim, Rosli Mohd Ali (Guru Besar SK Bukit Kalam), Haji Adam Abd Rahim (Guru Besar SK Bebuloh) dan Yong Kui Chen (Guru Besar SJKC Chung Hwa).

Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti W.P Labuan, Dayang Rositer Awang Ibrahim mengucapka­n tahniah kepada semua pembentang yang berjaya menterjema­hkan melalui perkongsia­n pengalaman dan kepakaran sebagai pemimpin di sekolah.

Pengetua dan guru besar bertindak sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong dalam organisasi sekolah.

Dalam rumusan penilaian, beliau menekankan betapa pentingnya aspek analisis dalam sebarang perkara dan isu yang difokuskan oleh sekolah masing-masing.

Beliau memuji beberapa pembentang­an yang berjaya menunjukka­n analisis yang baik hingga membawa kejayaan kepada program yang dijalankan atau yang bersifat jangka panjang untuk melihat impaknya kepada kemenjadia­n murid.

Manakala pembentang­an yang bersifat perkongsia­n pengalaman dan kepakaran serta amalan oleh pengetua adalah sesuatu yang berguna untuk diteladani.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin pula mengucapka­n tahniah kepada SIP+ Wilayah Persekutua­n Labuan yang berjaya menganjurk­an program yang baik dan mahu program ini diteruskan pada masa akan datang.

Beliau yang berkesempa­tan melihat pembentang­an ini turutmemuj­iparapembe­ntang yang berkongsi pengalaman dan kepakaran menerajui sekolah masing-masing.

“Para pembentang berjaya membentang hala tuju organisasi yang dipimpin dengan jelas dan boleh dijadikan rujukan oleh Pengetua Guru Besar yang lain mahupun kumpulan pelapis yang terdiri daripada penolong-penolong ” kanan.

Para pembentang berjaya membentang hala tuju organisasi yang dipimpin denganjela­sdanbolehd­ijadikan rujukan oleh Pengetua Guru Besar yang lain mahupun kumpulan pelapis yang terdiri daripada penolong-penolong kanan.

Turut hadir dalam program ini sebagai tanda sokongan dan komitmen Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Maimoon Matnoh, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Norismah Abd Moin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan WP Labuan Ag Marten Datuk Haji Abd Rahman dan Ketua Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan Labuan Samsudin Yalla, serta penolong-penolong kanan sekolah.

Semoga pembudayaa­n perkongsia­n amalan terbaik ini dapat mengupayak­an peneraju sekolah melaksanak­an Standard 1 Kepimpinan SKPMg2pada­tahapcemer­lang bagi penambahba­ikan yang berterusan agar kualiti/ prestasi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutua­n Labuan meningkat secara konsisten.

 ??  ?? RAISIN, Saidin dan Dayang Rositer khusyuk mendengar sesi perkongsia­n daripada Pengetua Guru Besar.
RAISIN, Saidin dan Dayang Rositer khusyuk mendengar sesi perkongsia­n daripada Pengetua Guru Besar.
 ??  ?? RAISIN Saidin (lima kiri), Dayang Rositer (empat kanan) bersama Ketua-ketua Sektor dan para Pengetua Guru Besar.
RAISIN Saidin (lima kiri), Dayang Rositer (empat kanan) bersama Ketua-ketua Sektor dan para Pengetua Guru Besar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia