Utusan Borneo (Sabah)

A To Z, Moin & Ezad Lazim dalam Dimensi Legenda ‘Zaman Kampus’

-

ZAMAN yang mengajar erti berdikari, yang mengajar erti persahabat­an, erti semangat dan kerjasama dalam kumpulan. Ia juga secara keseluruha­nnya adalah zaman untuk mengenal kekuatan diri kita yang sebenar.

Ya. Itulah zaman kampus atau universiti, zaman yang paling dikenang seumur hidup.

Pelbagai kisah suka dan duka terpahat dalam ingatan. Tidak terkecuali pilihan lagu yang menggamit nostalgia ‘masa emas’ tersebut dalam hidup kita. Walaupun zaman kegemilang­an bagi kumpulan-kumpulan tersebut sudah pun berakhir, lagu-lagu dendangan mereka ternyata masih diminati ramai dan popular hingga hari ini. Justeru bagi merealisas­ikan angan penonton yang mahu menyaksika­n gabungan lagu-lagu tersebut dinyanyika­n dalam satu program khas, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program Dimensi Legenda bertemakan ‘Zaman Kampus’ pada 14 Oktober ini (esok), jam 9.00 malam menerusi saluran TV1. Berhibur dengan celoteh pengacara Raja Azura dan Azrul bersama artis undangan Ebby Yus dalam program terbitan Unit Hiburan TV RTM yang dirakamkan pada 12 Julai lalu bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapur­i, Kuala Lumpur.

Bagi yang merindui pasangan adik-beradik yang menamakan diri mereka sebagai Kumpulan Moin, gandingan Ieda dan Eddie bakal tampil dengan tiga lagu popular mereka termasukla­h ‘Abadinya Cinta’, ‘Kini dan Selamanya’, dan ‘Kau Yang Kurindu’.

Kumpulan A To Z popular pada pertengaha­n tahun 90-an menerusi lagu-lagu daerah juga tampil menyampaik­an lagu malar segar mereka seperti ‘Darjat’, ‘Berdendang’ dan ‘Itik Gembo-Gembo’. Pada masa sama peminat kumpulan ini dapat mengikuti perkembang­an terbaharu mereka yang dianggotai oleh Lan, Jeff dan Chap.

Segmen khas Memori Untukmu mengembali­kan memori kegemilang­an dua kumpulan, Spoon dan Spin yang masingmasi­ng dinyanyika­n oleh Aisha Safia dengan lagu ‘Rindu-Serindu Rindunya’. Saksikan juga kemunculan adik Allahyarha­m Achik Spin iaitu Khalis menyanyika­n lagu popular ‘Hadirlah Mustika’.

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Ezad Lazim? Dia yang kini membuat kemunculan semula dengan beberapa single terbaharu mempersemb­ahkan tiga lagu termasukla­h ‘Alasanmu’, ‘Jesnita’ dan ‘Kapal Terbang Kertas’.

Ketiga-tiga lagu ini pastinya mampu menyorot zaman kemasyhura­n kumpulan Exist iaitu antara kumpulan yang benarbenar berkemampu­an bermain muzik dan dianggap antara artis negara kita yang tidak bersandar pada populariti dan wajah semata-mata.

Ingin menyaksika­n bagaimanak­ah kesemua artis terlibat berkongsi pentas? Dan lagu apa yang dipilih mereka menghiburk­an penonton? Ikuti persembaha­n mantap mereka ini di TV1, esok jam 9 malam.

 ??  ??
 ??  ?? BARISAN artis yang terlibat dalam Dimensi Legenda ‘Zaman Kampus’ esok, jam 9.00 malam di TV1.
BARISAN artis yang terlibat dalam Dimensi Legenda ‘Zaman Kampus’ esok, jam 9.00 malam di TV1.
 ??  ?? HOS: Raja Azura sebagai pengacara program Dimensi Legenda.
HOS: Raja Azura sebagai pengacara program Dimensi Legenda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia