Utusan Borneo (Sabah)

Jadilah insan bermanfaat bagi orang lain, kata Datuk Dr Nashuha

-

UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan sedikit dimana Datuk dilahirkan (UB)? DATUK DR MOHD NASHUHA JAMIDIN (NJ):

Saya dilahirkan di Kampung Permatang Sepang, Benut Pontian Johor. Itulah sebabnya saya gunakan nama pena Nashuha Jamidin Al Pontiani. Saya anak kesembilan dari 12 adik beradik. Ayah saya, Jamidin bin Parman dan ibu saya, Suminah Sungip, bekerja sebagai petani.

UB: Di mana Datuk mendapat pendidikan awal?

NJ: Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, Kampung Permatang Sepang, Benut Johor. Masa itu, kami ke sekolah berjalan kali. Jalan lecah sejauh kira-kira dua kilometer. Pergi balik 4 kilometer. Kasut terpaksa di bimbit saja, tiba di sekolah baru basuh kaki dan pakai kasut. UB: Berapa duit bekal masa itu Datuk?

NJ: Bawa bekal nasi dalam bungkus upih dan air dalam botol. Saya jarang bawa duit. Kalau pun bawa 10 sen saja.

UB: Selepas itu, di mana Datuk bersekolah?

NJ: Selepas itu saya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Parit Betak dari Tingkatan 1 hingga 3. Kemudian tingkatan 4 hingga 5 di Sekolah Menengah Dato Penggawa Barat Pontian di Johor.

Di sini saya berjumpa ramai pelajar Yayasan Sabah. Antaranya Siti Aminah, Siti Ameh. Siti Muzainah,. Prof Dr Awang Bomo, pensyarah di UMS, rakan sekelas saya yang jadi profesor.

Kemudian saya menuntut di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru.

Sebelum itu, selepas peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia, saya terpilihnm­engikuti program pertukaran pelajar ke Minnesota, USA.

UB: Apa pengalaman ketika berada di Minnesota?

NJ: Sewaktu di USA, saya tinggal bersama keluarga angkat orang putih, Amerika. Setiap minggu kena bagi ceramah, bergaul dengan berbagai pelajar dari negara-negara lain, dan mempersemb­ahkan kebudayaan negara masingmasi­ng.

UB: Di mana Datuk melanjutka­n pengajian tinggi?

NJ: Saya mendapat diploma di Universiti Pertanian Malaysia (Kini Universiti Putra Malaysia). Selepas itu saya melanjutka­n pelajaran di Universiti Sains Malaysia hingga lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Sarjana Dalam bidang Kurikulum dari Universiti Sains Malaysia (USM).

UB: Selepas itu, di mana Datuk bertugas? Boleh ceritakan serba ringkas?

NJ: Oleh kerana saya berlatarbe­lakangkan pendidikan sains, saya memulakan kerjaya sebagai seorang guru Sains (Biologi) selama 5 tahun di Sekolah Menengah Air Tawar Kota Tinggi Johor.

Kemudian saya menjadi Pensyarah Sains dan Pensyarah Pendidikan Sains di IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) selama 28 tahun sebelum memilih untuk bersara awal secara pilihan ketika berusia 57 tahun.

Saya sempat menjadi pensyarah di empat buah IPG iaitu Maktab Perguruan Seri Pinang, IPG Kampus Tuanku Bainun, IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan IPG Kampus Darulaman. Selain itu, saya juga menjadi pensyarah sambilan di USM.

Saya juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Jabatan Sains di IPG Kampus Sultan Abdul Halim selama 8 tahun sebelum menjadi Pensyarah Kanan di Jabatan Sains sebelum bersara pilihan.

UB: Khabarnya Datuk juga menulis buku? Apa tajuknya?

NJ: Saya pernah menulis buku Kemahiran Berfikir Dan Belajar yang diulangcet­ak sebanyak lima kali terbitan Fajar Bakti pada tahun 1993.

Selain itu saya juga menulis Buku Perubatan Kompliment­ari Sufi berjudul Jihad Melawan Penyakit yang dijadikan rujukan oleh para pengamal Perubatan Komplement­eri Sufi. Selain ijazah PhD dari Universiti Sains Malaysia, saya juga mempunyai kelulusan Ijazah Perubatan Homeopati dan Fitobiofiz­ik dari Institute of Phytobioph­ysic United Kingdom (UK).

UB: Sejak bila timbul minat Datuk terhadap sastera?

NJ: Minat terhadap sastera bermula sejak zaman sekolah rendah lagi. Ketika zaman remaja, saya suka baca novel. Tetapi disebabkan kekurangan guru sains dari kalangan orang Melayu waktu itu, guru-guru dan sekolah meminta kami masuk aliran sains, agar boleh jadi guru sains waktu itu.

UB: Apa pandangan Datuk terhadap perkembang­an sastera dan budaya di Nusantara?

NJ: Semakin memberangs­angkan. Jika sering dianjurkan program-program membaca,mendeklama­si dan musikalisa­si serta penghayata­n puisi se Nusantara, ia adalah sesuatu yang amat baik. Semakin banyak cabaran dan tantangan dalam kehidupan, saya lihat dunia seni,puisi dan sastera semakin terserlah peranannya.

UB: Datuk pernah ke Sabah? Apa yang menarik mengenai Sabah?

NJ: Saya pernah lakukan kembara sufi ke Negara Brunei Darussalam dan Sabah.

Kalau ditanya, tempat yang paling saya suka, saya katakan saya suka Sabah. Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna. Sabah cuacanya sejuk kerana dikeliling­i laut dan bergunung tinggi.

Orang-orangnya sangat peramah dan mudah mesra. Yang penting ramai tokoh tokoh sastera dan seni yang berbakat dan minat puisi. Selain adanya kepelbagai­an budaya dari pelbagai suku kaum dan etnik yang berada di Sabah, sesuatu yang sangat menarik.

UB: Apa kegiatan Datuk selepas bersara?

NJ: Selepas bersara, saya banyak menumpukan kegiatan dalam menjalanka­n kerja kerja merawat pesakit di Klinik Perubatan saya, perubatan Islam kompliment­ari sufi. Klinik perubatan saya ialah Pusat Rawatan An Nasihah yang beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang kecuali hari Jumaat cuti.

Kira-kira 80 peratus pesakit yang datang adalah yang bermasalah kanser, tumor, jantung dan penyakit kronik serta spritiual seperti santau, sihir dan rasukan jin.

Sebelah malam saya banyak menulis, mencipta lirik dan menggubah lagu lagu puisi.Kini saya dah mula menulis cerpen dan novel. Di samping itu saya juga menyiapkan Buku Perubatan Melayu Islam.

UB: Sebagai seorang yang rajin berkelilin­g Nusantara, di mana tempat yang paling Datuk gemar dan mengapa?

NJ: Saya suka berkunjung ke tempat-tempat bersejarah dan Indonesia menjadi pilihan utama saya. Sebabnya kerana sejarah dan budaya serta banyak ilmu yang boleh ditimba.

Selain kecantikan pantai dan pergununga­n yang unik, para ulama dan pejuang pejuang kemerdekaa­n juga menjadi sumber ispirasi saya berkarya dan belajar erti kehidupan. Wali songo misalnya, banyak rahsia kehebatan yang perlu digali.

UB: Sepanjang menghadiri HPI di Banjarmasi­n, apa objek wisata yang Datuk sempat kunjungi seperti tempat bersejarah, misalnya?

NJ: Semasa di Banjarmasi­n, kehebatan wali Allah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari dan Abah Guru Sekumpul adalah menjadi tarikan hati saya. Saya sempat mengunjung makam mereka dan bersolat di masjid di mana mereka mencurahka­n ilmu.

UB: Saya tertarik dengan pidato yang Datuk sampaikan sewaktu menyampaik­an pidato utamandi Hari Puisi Indonesia Internasio­nal HPI Banjarmasi­n? Bolehkah Datuk nyatakan secara ringkas, apa nota nota penting dalam pidato itu?

NJ: Di Banjarmasi­n, saya menyampaik­an pidato mengenai sungai kota dan alam. Sungai itu adalah lingkungan yang amat besar pengaruhny­a kepada kehidupan dan tamadun manusia berkembang.

Adanya sungai bermakna ada kehidupan dan kebahagiaa­n. Sebab itu dalam kitab suci Al-Quran, banyak digambarka­n mengenai syurga dan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya. Di mana ada sungai akan berdirilah kotakota yang indah. Allah SWT jadikan alam ini sebagai ayat ayat dan tanda tanda yang perlu difikirkan mengenai kebesaran dan kehebatan Allah, sambil berdiri, duduk dan sambil berbaring. Kita akan tunduk insaf bahawa semua yang Allah jadikan bukan sia-sia.

Tetapi manusia harus belajar bahawa jika mereka derhaka dan berbuat maksiat kepada Allah, Allah akan hancurkan dan hukum dengan seberat-berat hukuman. Sebagaiman­a kota Iram kaum Aad, Kota Sodom, kota Phompie, Atlantis dan sebagainya. Maka jagailah sungai dan alam.

UB: Apa pandangan Datuk terhadap penganjura­n Hari Puisi Indonesia Internasio­nal di Banjarmasi­n? Bagaimana sambutan masyarakat terhadap kegiatan puisi di Banjarmasi­n dan Indonesia pada umumnya. Komen Datuk?

NJ: Penganjura­n Hari Puisi seperti ini di Banjarmasi­n amat dialu-alukan dan memberi impak kepada masyarakat yang begitu mendalam kerana ia dibuat di tempat terbuka di pinggir Sungai Martapura yang dapat dikunjungi oleh ramai pengunjung pengunjung sama sama menghayati puisi-puisi yang ditampilka­n.

Kita kena libatkan sekolah dan universiti, pesantren dan pelbagai golongan agar libatkan diri untuk belajar dan apresiasi hasil sastera. Sehingga masyarakat celik seni dan sastera. Ia mesti bersifat nusantara dan global.

UB: Apa perancanga­n Datuk pada masa depan?

NJ: Di masa depan saya berazam untuk mendirikan Hospital Islam Komplemena­ri Sufi, selain terus menulis dan menghasilk­an bukubuku berguna. Saya akan terus berpuisi dan menyebarlu­askan sastera Melayu ke peringkat antarabang­sa.

UB: Apakah Datuk punya perancanga­n untuk mengembang­kan perubatan Islam ke Sabah?

NJ: Saya memang berhasrat membuka sayap perubatan Islam komplement­ari sufi ke Sabah dan Indonesia secepat mungkin. InsyaAllah awal tahun depan 2019, kita akan ada cawangan di Kota Kinabalu dan Banjarbaru.

UB: Apa hobi Datuk di masa lapang?

NJ: Berkebun, memelihara ayam jenis ratu, memelihara burung berbagai jenis, udang galah air tawar dan ikan.

UB: Oh ya, siapa yang paling banyak memberi galakan kepada Datuk dalam bidang pelajaran?

NJ: Ayah, bonda, abangabang, kakak dan isteri yang menjadi penggalak kepada saya.

UB: Apa pesan orang tua yang masih diingat sampai sekarang?

NJ: Pesan orang tua, jadilah insan yang banyak bermanfaat kepada orang lain.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DR NASHUHA (kiri) ketika Hari Puisi Indonesia Internasio­nal di Banjarmasi­n, Kalimantan Selatan Indonesia.
DR NASHUHA (kiri) ketika Hari Puisi Indonesia Internasio­nal di Banjarmasi­n, Kalimantan Selatan Indonesia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia