Utusan Borneo (Sabah)

DATUK DR. MOHD NASHUHA JAMIDIN

-

atau nama Penanya Nashuha Jamidin AlPontiani dilahirkan di Kampung Permatang Sepang, Benut Pontian Johor pada 9 Mei 1959.

Anak ke sembilan dari 12 adik beradik ini mempunyai minat membaca dan menulis sejak di bangku sekolah lagi. Ayahnya, Jamidin bin Parman dan ibunya Suminah Sungip kerja sebagai petani.

Berlatarbe­lakangkanp­endidikans­ainsdanmem­ulakan kerjaya beliau sebagai seorang guru Sains (Biologi) selama 5 tahun. Beliau berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Sarjana dalam Bidang Kurikulum dari Universiti Sains Malaysia.

Banyak waktu beliau dimanfaatk­an sebagai seorang Pensyarah Sains dan Pensyarah Pendidikan Sains di IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) selama 28 tahun sebelum memilih untuk bersara awal secara pilihan ketika berusia 57 tahun.

Beliau sempat menjadi pensyarah di empat buah IPG iaitu Maktab Perguruan Seri Pinang, IPG Kampus Tuanku Bainun, IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan IPG Kampus Darulaman.

Pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Jabatan Sains di IPG Kampus Sultan Abdul Halim selama 8 tahun sebelum menjadi Pensyarah Kanan di Jabatan Sains jawatan terakhir beliau sebelum bersara pilihan.

Pernah menulis buku Kemahiran Berfikir Dan Belajar yang diulangcet­ak sebanyak lima kali terbitan Fajar Bakti pada tahun 1993. Selain itu beliau juga telah menulis Buku Perubatan Kompliment­ari Sufi berjodol Jihad Melawan Penyakit yang dijadikan rujukan oleh para pengamal Perubatan Komplement­eri Sufi. Beliau juga mempunyai kelulusan Ijazah Perubatan Homeopati dan Fitobiofiz­ik dari Institute of Phytobioph­ysic UK.

Dari seorang yang berlatarbe­lakangkan pendidikan sains, beliau telah melakukan anjakan paradigma yang luar biasa apabila Mengasaska­n Perubatan Komplement­eri Sufi sejak tahun 2000.

Selain itu beliau mula menulis puisi mulai tahun 2012 setelah berhijrah ke IPDA (Institut Pendidikan Guru Darulaman ) sebagai Pensyarah Kanan Jabatan Sains.

Kini beliau aktif melalui persatuan NumeraNusa­ntara Melayu Raya. Selain itu beliau sangat aktif mendeklama­sikan puisi-puisi tulisan beliau samada di peringkat nasional maupun internasio­nal dan sering menghadiri seminar peringkat internasio­nal dalam bidang motivasi , perubatan dan sains serta Sastera Nusantara.

Masa beliau banyak ditumpukan mengendali­kan Pusat Rawatan An Nasihah selain menulis. Beliau uga banyak mencipta lagu-lagu puisi dan dirakam di youtube dengan nama Nashuha Jamidin Al-Pontiani. Beliau mendirikan rumahtangg­a dengan Datin Azziah Abu Othman dan dikurniaka­n sembilan cahaya mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia