Utusan Borneo (Sabah)

Dua bebas, lepas tuduhan edar dadah

-

SIBU: Mahkamah Tinggi di sini semalam membebas serta melepaskan seorang lelaki dan seorang wanita daripada pertuduhan mengedar dadah.

Pesuruhjay­a Kehakiman Lim Hock Leng membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya gagal membuktika­n kes prima facie terhadap kedua-dua mereka.

Tertuduh, Lee Huong Nee, 45 dan Sherly Lut Ajan, 34, sehubungan itu dibebas serta dilepaskan daripada pertuduhan yang dibaca mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Lee diwakili peguam Yap Hoi Liong dan Wong Yee Ping, sementara Sherly diwakili oleh Ben Lau.

Kedua-dua mereka didakwa mengedar dadah jenis Methamphet­amine seberat 73.80 gram di sebuah rumah di Jalan Makmur pada 20 September, 2017, kira-kira jam 5.40 petang.

Dalam penghakima­nnya Lim berkata, tiada keterangan daripada saksi yang menunjukka­n dadah itu dalam kawalan atau milik kedua-dua tertuduh.

Bungkusan di mana dadah itu dijumpai dan alat timbang digital yang dijadikan bukti katanya, juga tidak mempunyai kesan cap jari kedua-dua tertuduh.

“Dadah ini mungkin milik penghuni lain atau pelawat yang mempunyai akses ke rumah terbabit.

“Tertuduh pertama (Lee) didakwa kerana beliau tinggal di rumah itu, sementara tertuduh kedua (Sherly) didakwa kerana penyewa sebenar rumah,” ujarnya.

Lim turut memberitah­u tiada bukti menunjukka­n kedua-dua tertuduh mengedar dadah atau mempunyai niat bersama mengedar dadah terbabit.

 ??  ?? (dari kiri) LAU, Sherly, Lee, Yap dan Wong di luar mahkamah selepas mendengar keputusan mahkamah, semalam.
(dari kiri) LAU, Sherly, Lee, Yap dan Wong di luar mahkamah selepas mendengar keputusan mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia