Utusan Borneo (Sabah)

Pasar produk inovasi ke peringkat antarabang­sa

Ia termasuk cuba berinterak­si dengan Plug and Play Techcentre berpangkal­an di AS

-

KUCHING: Penjawat awam khasnya perlu berani meneroka pasaran luar bagi hasil produk inovasi mereka dengan memasarkan­ya di peringkat antarabang­sa.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia termasuk untuk cuba berinterak­si dengan syarikat seperti Plug and Play Techcentre, iaitu sebuah platform inovasi pemula peniaga global yang berpangkal­an di Silicon Valley, Amerika Syarikat.

“Saya melihat negara-negara Asia yang ada adalah seperti Korea, Singapura dan Indonesia tetapi tiada Malaysia.

“Untuk makluman jika produk anda dipromosi di bawah Plug and Play ini ia mempunyai berjuta pasaran luar.

“Saya berharap suatu hari nanti produk anda akan disenaraik­an di bawah syarikat ini untuk dipromosik­an ke pasaram dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Penutupan Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) Perkhidmat­an Awam Negeri yang dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani di sini, malam Rabu.

Tambah Abang Johari, penjawat awam yang mempunyai produk inovatif boleh berinterak­si dengan cawangan Plug and Play yang kini juga ada di Singapura.

Beliau berkata, dengan interaksi sedemikian diharapkan produk inovasi penjawat awam Sarawak antara yang diterima untuk dipromosik­an di pasaran dunia nanti.

“Saya tahu ia mungkin merupakan citaBINTUL­U: cita yang terlalu tinggi tetapi untuk mencapai cita-cita itu maka kita perlu bekerja gigih mendapatka­n matlamat kita ke arah digital.

“Jika ia menjadi realiti ia bermakna kita terus menerapkan budaya mencipta menggunaka­n teknologi terkini demi kebaikan semua,” katanya.

Mengenai produk inovasi yang dihasilkan perkhidmat­an awam sempena Minggu KIK itu, Abang Johari berkata, dengan penambahba­ikan dan proses penghasila­n menggunaka­n teknologi, produk berkenaan diharap dapat diguna pakai bagi tugas-tugas mereka.

Katanya Kerajaan Sarawak dalam usaha menaik taraf sistem penyampaia­n perkhidmat­an awamnya yang harus diiringi dengan teknologi serta dalam satu platform yang sama.

Sebagai contoh katanya, aplikasi SarawakPay, yang mungkin boleh dibangunka­n dengan satu platform sahaja bagi semua pembayaran bil.

“Mungkin bagi pembayaran pelbagai bil kita hanya bayar dalam satu platform sahaja, ini akan kita terus bangunkan.

“Saya percaya Setiausaha Kerajaan Negeri dan rakan yang lain dapat membina platform sebegini yang sudah pasti memberi perkhidmat­an penyampaia­n lebih baik kepada rakyat,” katanya.

“Saya melihat negara-negara Asia yang ada adalah seperti Korea, Singapura dan Indonesia tetapi tiada Malaysia.” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari semasa mengunjung­i pameran KIK terlibat sambil diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (depan, tiga kanan) dan Morshidi (kanan).
ABANG Johari semasa mengunjung­i pameran KIK terlibat sambil diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (depan, tiga kanan) dan Morshidi (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia