Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak kerjasama diharap akan dijalinkan antara Sarawak dan Sabah

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Sabah berharap lebih banyak kerjasama akan dijalinkan antara keduadua pihak dalam pelbagai bidang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak dan Sabah mempunyai banyak persamaan dalam pelbagai bidang.

Justeru beliau berharap lebih banyak kerjasama akan terjalin untuk manfaat keduadua pihak.

“Kita boleh bekerjasam­a dari sudut bekalan elektrik di mana Sarawak boleh menghantar tenaga ke Sabah jika Sabah kekurangan tenaga kuasa.

“Ini adalah antara bidang yang boleh kita bekerjasam­a dan bincangkan bersama selain pelanconga­n, automobil dan bidang-bidang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Khamis.

Turut hadir pada kunjungan tersebut,ketiga-tigaTimbal­an Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sementara itu Shafie pada sidang media yang sama berkata Sarawak tidak mempunyai gangguan dalam menjana kuasa elektrik dan ia jauh lebih murah daripada Sabah.

Sebab itu katanya, jika Sarawak dapat membekalka­n tenaga pada kadar lebih rendah kepada industri di Sabah ia boleh membantu menjimatka­n kos industri di Sabah.

“Ini bukan sahaja akan menguntung­kan pihak industri di Sabah tetapi pada masa yang sama menguntung­kan pembekal tenaga dari Sarawak,” katanya.

Shafie yang dalam lawatan rasmi pertamanya ke Sarawak turut mengakui perlu mempelajar­i banyak lagi perkara daripada Sarawak terutama dari segi cara negeri ini diurus.

Malah katanya, kerjasama kukuh antara Sabah dan Sarawak amat perlu untuk kedua-dua negeri berdepan dengan ekonomi dunia yang mencabar dan kewangan negara yang tidak stabil.

Menyertai Shafie dari Sabah adalah Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Datuk Peter Anthony.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia