Utusan Borneo (Sabah)

Suntikan vaksin anti-rabis di Bintulu mendapat sambutan

-

BINTULU: Suntikan vaksin anti-rabies percuma dilaksanak­an Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) untuk anjing bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi Khamis mendapat sambutan menggalakk­an daripada pemilik haiwan peliharaan itu.

Pegawai Penguasa JPVS Bintulu Pilla Chantong berkata, kerja suntikan yang dijalankan amat baik untuk permulaan dan akan diteruskan sehingga vaksin digunakan habis sepenuhnya dan seterusnya akan mendapat bekalan vaksin lagi untuk tujuan sama.

Katanya, pihaknya semalam adalah lebih kepada suntikan vaksin anti-rabies untuk anjing sahaja dan hasil spesimen yang diperolehi di sini adalah negatif rabies.

Begitupun katanya, pihaknya masih menunggu keputusan lapan spesimen lagi dari sini yang dihantar untuk ujian sama ada positif atau negatif rabies.

“Anjing-anjing yang menerima suntikan vaksin perlu dikuaranti­n di rumah pemilik haiwan peliharaan itu selama 30 hari dan tidak dibenar mandi dalam masa lima hari atau satu minggu,” ujarnya semasa ditemui di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, suntikan vaksin itu akan dibuat satu kali dalam setahun dan pendaftara­n suntikan itu adalah percuma.

Jelasnya, anjing-anjing yang telah menerima suntikan vaksin akan diletakkan tali kuning seterusnya dikuaranti­n di rumah pemiliknya.

“Sekiranya anjing ada rabies, simptom itu akan kelihatan dalam tempoh 12 minggu lebih dan keadaan itu tidak perlu diberi suntikan, dan bagi yang terkena gigitan anjing yang ada rabies, mereka perlu mencuci luka gigitan selama 15 minit seterusnya ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

“Selepas itu mereka akan diberi suntikan dan rawatan sehingga sembuh namun ia boleh membawa maut sekiranya yang terkena gigitan anjing rabies tidak menerima rawatan,” katanya sambil menambah, setakat ini keadaan di sini adalah negatif rabies.

 ??  ?? PEGAWAI veterinar memberi suntikan vaksin antirabies kepada anjing peliharaan.
PEGAWAI veterinar memberi suntikan vaksin antirabies kepada anjing peliharaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia