Utusan Borneo (Sabah)

TDM wujud unit terbaharu lancarkan komunikasi antara wilayah

-

KOTA SAMARAHAN : Tentera Darat Malaysia (TDM) mewujudkan unit terbaharu bagi melancarka­n komunikasi antara wilayah timur yang merangkumi Sabah dan Sarawak dengan pasukanpas­ukan di Semenanjun­g Malaysia.

Panglima Pemerintah­an Medan Timur TDM Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, unit baharu itu diwujudkan bagi memenuhi tanggungja­wab memberi sokongan komunikasi antara wilayah.

“Unit ini kini masih dalam peringkat nukleas yang memiliki beberapa pegawai dan anggota untuk membentuk sebuah pasukan yang lengkap dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kita akan mendapatka­n aset yang diperlukan untuk diagihkan kepada unit di bawah Rejimen Semboyan Diraja (RSD) ini untuk memantapka­n fungsi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara ringkas perasmian pejabat 72 Rejimen Semboyan yang disempurna­kan Ketua Pegawai Semboyan RSD Brigedier Jeneral Datuk Ahmad Hadiatulla­h Maknun Ridzuan di Kem Muara Tuang di sini, baru-baru ini.

Sel nukleas unit terbabit, kini diwujudkan di Markas Pemerintah­an Medan Timur TDM (PMTTDM) di Kem Muara Tuang.

Stephen berkata, dengan penubuhan sel nukelas itu, 72 Rejimen Semboyan menepati perancanga­nnya untuk mewujudkan unit sokongan yang menjadi antara elemen terpenting untuk memastikan kelancaran operasi PMTTDM.

“72 Rejimen Semboyan akan memastikan sistem komunikasi kita lebih efektif seterusnya membantu rancangan operasi di kawasan PMTTDM,” katanya.

Beliau turut menghadiri taklimat tertutup mengenai hala tuju unit berkenaan dalam usaha mencapai matlamat penubuhann­ya.

 ??  ?? STEPHEN dan Ahmad Hadiatulla­h bergambar bersama pegawai dan anggota sel nukleas 72 Rejimen Semboyan di Kem Muara Tuang.
STEPHEN dan Ahmad Hadiatulla­h bergambar bersama pegawai dan anggota sel nukleas 72 Rejimen Semboyan di Kem Muara Tuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia