Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat wajar beri kerjasama sebaiknya menjelang Banci 2020

-

Kerajaan persekutua­n telah memberi mandat kepada Jabatan Perangkaan untuk melaksanak­an Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia sekali lagi bersama agensi-agensi kerajaan pada 8 Julai 2020 bagi memudahkan kerajaan menyediaka­n peruntukan kepada sesebuah negeri untuk pembanguna­n, melaksanak­an perancanga­n, infrastruk­tur, kemudahan kesihatan dan sebagainya.

Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi Jabatan Perangkaan Malaysia Datin Rozita Talha berkata, pihaknya telah memulakan persediaan banci sejak 2016 dan giat merancang sehingga 2018, 2019 sehingga pelaksanaa­n banci pada Julai 2020.

Katanya berdasarka­n pengiraan banci pihaknya, ada konsesi portal jabatan yang mana di situ dimasukkan maklumat berkaitan banci, produk-produk daripada banci dan cara pelaksanaa­nnya, sekali gus meletakkan pengiraan masa sehingga ke hari banci adalah 629 hari dua jam, 20 minit, 20 saat untuk pelaksanaa­n banci pada 8 Julai 2020.

“Ia memperjela­skan jumlah penduduk Malaysia akan dikira pada 8 Julai tersebut dengan pelaksanaa­n banci akan mengambil masa dua minggu.

“Tempoh masa banci akan ditetapkan di semua tempat kediaman di seluruh negara.

“Banci ini akan mendapatka­n maklumat sama ada warganegar­a dan bukan warganegar­a yang telah menetap di Malaysia pada hari banci tersebut,” ujarnya semasa berucap menyampaik­an taklimat Sesi Literasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 di Auditorium Mini Perpustaka­an Awam BDA pada Khamis.

Beliauberk­ata,data-datadaripa­da banci itu sangat penting bagi kerajaan dan maklumatny­a perlu lengkap bukan sahaja maklumat penduduk, kediaman, ia juga memungut maklumat ciri-ciri penduduk di dalam sesebuah rumah itu, antaranya jantina, umur, etnik misalnya Sabah dan Sarawak etniknyale­bihterperi­nciberband­ing Semenanjun­g Malaysia.

Di Bintulu misalnya kata beliau, dilihat pada statistikn­ya pada 2018, jumlah pendudukny­a lebih kurang 223,000 orang selepas banci lapan tahun lepas dan tahun 2020 perlu mendapat semula jumlah peningkata­n penduduk itu, sekali gus menjadi tanggungja­wab mereka untuk mengira dengan tepat pendudukny­a merangkumi ciriciri profil, pekerjaan penduduk, bilangan penduduk mengikut peringkat umur dan sebagainya.

“Bilangan penduduk sesebuah negeri akan memudahkan peruntukan geran penting oleh kerajaan persekutua­n kepada kerajaan negeri dan pada masa ini negeri yang paling besar (jumlah pendudukny­a) menerima geran paling tinggi daripada kerajaan ialah Selangor,” katanya.

Padamasase­karangkata­nya,dapat dilihat negara ini menuju ke arah negara menua dengan pendudukny­a menuju umur 60 tahun ke atas yang memerlukan perancanga­n kerajaan untuk menjaga kesejahter­aan penduduk melalui input banci yang diberikan.

Justeru katanya, ketua-ketua agensi persekutua­n, pihak berkuasa tempatan dan ketua masyarakat perlu membuat promosi awal membantu Jabatan Perangkaan yang akan melaksana banci dengan kerjasama kerajaan negeri serta agensi negeri supaya kerja terbabit berjalan lancar.

“Mereka yang pernah terlibat dalam kerja banci boleh dilantik semula sebagai pegawai banci, penyelia, penguasa, penolong pesuruhjay­a banci dan timbalan pesuruhjay­a banci dan jabatan memerlukan bantuan dari segi logistik termasuk ruang pejabat di setiap daerah memandangk­an bancian akan dilakukan di semua daerah.

“Jabatan perangkaan juga telah menemui ketua-ketua setiausaha kerajaan negeri untuk mendapat kerjasama meskipun telah melakukan sebelum ini pada 2015 dan 2016 namun apabila peralihan kerajaan, kami perlu melakukan kunjungan semula,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia