Utusan Borneo (Sabah)

Dasar meminimumk­an perbezaan jantina dalam pekerjaan perlu

-

MIRI: Kerajaan perlu merangka dasar bagi meminimumk­an perbezaan jantina dalam bidang-bidang pekerjaan yang menuntut sumber tenaga kerja mahir.

Pada masa yang sama kata Pengarah Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri Dr Rosnah Muhamad Tahir, syarikat tanpa mengira tempatan atau antarabang­sa yang melabur di negara ini juga perlu mengetepik­an amalan pilih kasih terhadap jantina dalam mengambil pekerja mahir ini kerana ia boleh mengekang pertumbuha­n perindustr­ian negara.

Ini kerana katanya, berdasarka­n pengalaman semakin ramai pelajar atau pekerja mahir wanita lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) lulus cemerlang berbanding pelajar lelaki, bagaimanap­un berdepan amalan pilih kasih apabila berada dalam pasaran pekerjaan yang memerlukan tenaga mahir.

“Justeru saya menggesa kepada kerajaan supaya melakukan sesuatu bagi meminimumk­an perbezaan jantina di antara lelaki dan perempuan bagi pekerja mahir ini.

“Di Malaysia kita ada 50:50 pekerja mahir antara lelaki dan perempuan, menunjukka­n golongan perempuan juga perlu memainkan peranan mereka dalam arus pembanguna­n negara dan kerajaan perlu memastikan pekerja mahir perempuan diambil bekerja dan memainkan peranan dalam menyumbang kepada pembanguna­n negara,” tegasnya.

Beliau memberitah­u demikian kepada Utusan Borneo di sini, ketika diminta mengulas mengeni isu berkenaan selepas mengadakan sidang media bersama Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Miri di sini, pada Khamis.

“Saya ada pengalaman di mana pelajarpel­ajar saya dalam bidang komunikasi, yang mana sebuah syarikat telah menolak untuk mengambil pelajar-pelajar saya (bekerja) dalam bidang tersebut.

“Saya meminta dan merayu kepada syarikat berkenaan supaya mengambil mereka (bekerja) untuk tempoh empat hingga enam bulan, sekurang-kurangnya,” jelas beliau.

“Tiba-tiba, selepas enam bulan, mereka (syarikat) kembali semula kepada saya dan berkata, ‘wow puan, mereka amat baik (cekap bekerja) dan kesemuanya adalah perempuan’.

“Tanggapan serong pada pandangan pertama inilah yang sentiasa menjadi isu, yang menghalang pekerja mahir perempuan menempatka­n diri dalam pasaran pekerjaaan yang lebih memilih lelaki,” tambahnya.

Terdahulu pada sidang medianya, Dr Rosnah turut menepis tanggapan awam kononnya pelajar lulusan TVET sukar mendapat pekerjaan.

Beliau berkata, isu ini berlaku kerana ramai yang memilih pekerjaan dan berkira mengenai gaji yang ditawarkan.

“Memanglah tidak dapat (pekerjaan) kalau kita terlalu memilih. TVET ini tujuannya melahirkan tenaga mahir dan mereka yang memiliki sijil perlu berani meneroka peluang pekerjaan.

“Di mana tempat yang memerlukan anda, di situlah anda perlu pergi, kalau di Kuching, pergilah ke Kuching dan begitu juga di Semenanjun­g Malaysia, atau di luar negara sekalipun. Rebutlah peluang yang ada, jangan terlalu memilih (tempat bekerja),” jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia