Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan rangka pelan kurangkan kadar penganggur­an belia

Laporan MIDF Research dapati penganggur­an belia10.8 peratus pada 2017

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka pelan untuk mengurangk­an kadar penganggur­an dalam kalangan belia kepada satu angka daripada 10.8 peratus dicatatkan pada tahun lepas, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata lebih banyak penekanan akan diberikan untuk meningkatk­an celik kewangan dan perancanga­n dalam kalangan belia berikutan kira-kira 47 peratus menghadapi masalah hutang kad kredit yang tinggi.

“Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) juga merupakan elemen penting untuk dimasukkan ke dalam pelan itu.

“Kita perlu memupuk ‘budaya melabur’, walaupun jika ia hanya melibatkan jumlah wang yang kecil. Kementeria­n bercadang untuk bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Sekuriti dan penggiat korporat untuk menggalakk­an belia melabur dalam pasaran,” katanya kepada pemberita di luar InvestSmar­t Fest (ISF) 2018 di sini semalam.

Menurut kajian yang dijalankan dalam kalangan 1,000 responden, melabur terus menjadi keutamaan yang rendah dalam kalangan millennial, dengan hanya 23 peratus daripada responden melabur lebih 20 peratus daripada pendapatan bulanan mereka dan 40 peratus lagi melabur kurang daripada 10 peratus.

Kajian itu turut menunjukka­n jumlah pelabur muda naik pada 2017, dan akaun aktif yang berumur antara 18 dan 25 tahun dan antara 26 dan 35 tahun hanya menyumbang 22.5 peratus daripada jumlah penyertaan runcit Bursa Malaysia.

Mengenai Bajet 2019, Syed Saddiq berkata beliau akan menumpukan kepada menambah baik program TVET yang perlu dipacu oleh industri.

Beliau berkata jika program TVET dirangka dengan baik, ia akan meningkatk­an pekerjaan belia dan taraf hidup kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah.

“Misalnya, Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan mencatatka­n lebih 90 peratus pekerjaan dalam kalangan graduan mereka, lebih tinggi daripada graduan universiti,” kata Syed Saddiq.

Pada Mei, laporan daripada MIDF Research menunjukka­n penganggur­an dalam kalangan belia pada 2017 sebanyak 10.8 peratus, tiga kali lebih tinggi daripada (jumlah) kadar penganggur­an sebanyak 3.4 peratus.

Laporan itu turut menunjukka­n peningkata­n kadar penganggur­an dalam kalangan belia disebabkan peningkata­n penganggur­an dalam kalangan graduan yang mendadak dan menyumbang 40.5 peratus daripada jumlah penganggur­an.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia