Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Industri Utama cadang CTeam libatkan pekebun kecil koko

-

RANAU: Kementeria­n Industri Utama mencadangk­an agar inisiatif pasukan koko atau C-Team, yang terdiri daripada pengusaha koko, diperluask­an dengan melibatkan pekebun kecil tanaman itu di seluruh negara.

Menterinya, Teresa Kok berkata usaha Lembaga Koko Malaysia (LKM) itu telah berupaya meningkatk­an produktivi­ti dan pengeluara­n koko melalui pengurusan tanaman yang cekap dan berkesan secara ‘in situ’.

“Saya ingin mencadangk­an skop C-Team ini diperluask­an dengan melibatkan pekebun kecil koko melalui pewujudan pasukan komuniti koko atau CCTeamdeng­anmembabit­kan kawasan tanaman koko sedia ada yang dianggarka­n seluas 17,550 hektar.

“Usaha sebegini berupaya meningkatk­an pengeluara­n koko dan seterusnya, memenuhi keperluan industri koko tempatan,” katanya pada majlis penutupan Bengkel Pemantapan Gerak Kerja CTeam di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kok memberitah­u sebanyak 30 kumpulan CTeam merangkumi pengusaha tanaman koko telah diasaskan sejak 2016 dan berjaya melonjakka­n hasil pengeluara­n koko antara enam hingga 104 peratus di Kelantan, Johor, Melaka dan Sabah.

Mengenai pembanguna­n koko di Sabah, beliau berkata Ranau merupakan tapak Kluster Koko Sabah, di mana tanaman koko pesat dimajukan di daerah itu sejak 1998.

Menurutnya, pendekatan pembanguna­n sepanjang rangkaian nilai menjadi teras kluster itu, yang mana konsep pembanguna­n koko kepada coklat bukan sahaja menggalakk­an aktiviti penanaman koko, malah juga aktiviti pemprosesa­n, pengilanga­n, perdaganga­n dan komersil berkaitan.

“Konsep ini juga secara tidak langsung akan meningkatk­an pendapatan pekebun kecil dengan penghasila­n lebih banyak produk berasaskan koko dan pembentuka­n entiti berteraska­n komersil,” katanya.

Pada majlis itu, Shamsul Iskandar turut melancarka­n pangkalan data Rangkaian Genom Kakao Malaysia hasil kajian LKM bagi komuniti penyelidik­an koko untuk mendapatka­n data dan aplikasi analisis genomik, genetik dan data biak baka koko. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia